Tak salah untuk dikatakan bahawa tahun 2019 adalah tahun Alif Satar. Kekal mantap mengacara, muncul dengan kolaborasi bersama Raihan dengan lagu “Sesungguhnya”, mempertingkatkan mutu lakonan dalam drama dan menunjukkan contoh seorang suami mithali, nama Aliff Satar dicanang-canang sebagai salah satu calon yang layak memenangi Anugerah Bintang Paling Popular untuk ABPBH edisi ke 32. Berdasarkan kesemua pencapaiannya, memang layak untuk Alif Satar merangkul anugerah penuh berprestij ini.
Tercalon dalam 3 kategori iaitu Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular dan Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular, Alif Satar tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana kategori. Menurutnya, apa yang dilakukan selama ini adalah berdasarkan minat dan bakat dimilikinya.
Kata Alif Satar:-
Selama 13 tahun ini saya berjuang atas paksi bakat dan syukur, segala usaha itu dapat dibuktikan. Apapun, saya sangat berterima kasih dengan kelab peminat Alif Satar FC yang sanggup bersusah payah mengundi hingga nama saya ada dalam senarai Top 5 ABPBH.
Terima kasih kepada mereka yang anggap sedemikian (dirinya sebagai Hero Malaya). Saya berharap dapat pertahankan karier ini kerana bakat dan enggan terpalit kisah sensasi.
Saya sentiasa berpegang dengan nasihat ibu bapa dan peringatan isteri bahawa saya keluar bekerja untuk mencari rezeki buat keluarga. Apatah lagi, saya kini teruja bakal menyambut kelahiran anak ketiga iaitu bayi lelaki pada Oktober nanti. Doakan yang baik-baik buat saya dan keluarga
Secara jujurnya, Alif Satar adalah role model terbaik untuk para lelaki di luar sana. Sentiasa ingatkan isteri dan anak-anak ketika keluar bekerja, mesra dengan peminat, tidak membuat lawak bodoh ketika mengacara serta kekal profesional dalam apa jua yang dilakukan. Tak pernah ada sebarang kontroversi. Memang awesome sangat-sangat. Diharap para peminat Alif Satar tidak lupa untuk mengundinya di ABPBH32. Biarlah yang menang kali ini benar-benar layak orangnya. Tak gitu? Sumber Harian Metro.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments