Media sosial kini menjadi medium untuk artis berkongsi aktiviti seharian mereka dengan peminat. Namun, di ruangan komen hanya dibanjiri dengan komen-komen negatif mengkritik setiap apa yang mereka lakukan.
Terbaru, pelakon Fiza Halim menerusi akaun Instagram meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir netizen yang sering mencari kesalahan artis. Tidak salah untuk memberi nasihat dan teguran tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang lebih berhemah, janganlah mengeluarkan kata-kata yang melampau.
Ironinya mereka yang memberikan komen keterlaluan ini berselindung disebalik akaun palsu. Kenapa hanya berani di media sosial sahaja?
Fiza turut memuat naik foto dirinya tidak bertudung dipercayai gambar lama sebelum dia tampil menutup aurat. Katanya, dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan baik, namun sedang belajar ke arah itu.
Dalam pada itu, Fiza tidak kisah sekiranya kenyataannya ini membuatkan dirinya kehilangan peminat mahupun dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Padanya, rezeki bukannya ditentukan ataupun bergantung kepada netizen.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments