Wow. Memang terkejut Abang Nara membaca berita ini. Mana tidaknya, pelakon jelita Vanidah Imran bakal mewakili negara ke pertandingan seni pertahanan diri antarabangsa, 2019 Chungju World Martial Arts Masterships, di Korea Selatan. Bekas isteri Rashidi Ishak ini akan terbang bersama-sama 19 lagi pesilat profesional daripada Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia pada 29 Ogos ini. Memang ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan mengejutkan. Tahniah!!!
Vanidah akan bertanding di dalam kategori berkumpulan. Dia telah mula belajar seni silat cekak ini sejak tahun 2016. Sudah tentu ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Bukan calang-calang orang boleh terpilih untuk wakil Malaysia.
Kata Vanidah Imran:-
“Di sana, saya akan bertanding dalam kategori berkumpulan. Ia tentu sahaja peluang cukup bermakna selepas lebih dua bulan menjalani latihan pesat. Hingga saat ini, saya tidak pernah terlintas untuk bertanding atau mewakili Malaysia dalam pertandingan sebegini. Saya hanya belajar silat untuk mempertahankan diri selain tuntutan watak, seperti ketika terbabit dalam pementasan teater Mahsuri di Istana Budaya.
Sejak awal membabitkan diri dalam seni, saya sudah mula belajar asas silat, namun tidak pernah terlintas untuk serius sehingga memasuki pertandingan. Sepanjang tempoh latihan untuk pertandingan ini, saya juga perlu membahagikan waktu dengan kerja lakonan dan tumpuan terhadap anak. Sebelum itu, saya juga terikat dengan persiapan untuk aktiviti maraton di Tokyo
Semoga berjaya dan all the best diucapkan kepada Vanidah Imran serta pasukan Malaysia. Buat sehabis baik. Kalau menang, itu satu bonus. Sama-sama kita doakan kejayaan kontinjen negara. Sumber Berita Harian.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments