Umum mengetahui penyanyi dan pelawak, Mark Adam dikenali dengan lawaknya yang spontan dan bersahaja, mencuit hati ramai.
Minggu lalu, Mark dijemput sebagai juri jemputan program Big Stage. Bagaimanapun, ramai yang tidak puas hati dengan komennya. Apa yang berlaku?
Tindakan Mark “bergurau” mengenai saiz badan pengacara, Sherry Alhadad sebagai ‘Big’ adalah sangat tidak profesional. Rata-rata netizen menganggap “gurauan” itu tidak kelakar dan bersifat ‘body shaming’.
Tidak menghormati orang, ‘body
shaming’ biadab
Kalau aku lah kan jadi sherry aku baling mic tu hormat lah kami yg sasa sasa ni ye. Bukan main mark adam ni #Bigstage pic.twitter.com/T7kwfdpeQW
— Hafiiyyy (@hxfiy) August 18, 2019
Nasib baik Alif Satar pandai ‘cover’
Mark – ” This opportunity is big you see. Even the host is big “
Alif Satar – ” Mark you are right. She has big talent bro ”
I have so much respect for Alif Satar. https://t.co/rnOHzpOxFn
— Mai (@MaisarahMahmud) August 19, 2019
Alif Satar yang bergandingan sebagai hos program itu bersama Sherry telah menyelamatkan keadaaan dengan mengatakan bahawa Sherry mempunyai bakat yang besar. Reaksi pantas Alif mendapat pujian netizen.
Tidak bermaksud nak malukan Sherry,
maaf saya menyesal
Mark menerusi akaun Instagramya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan situasi sebenar. Dia tidak bermaksud hendak memalukan Sherry.
Menurut Mark, dia belum sempat untuk selesaikan ayatnya itu dan menyebabkan salah faham dalam kalangan netizen.
Sumber Berita : Twitter Hafiiyyy & Maisarah Mahmud
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments