Mahu berubah ke arah yang lebih baik, usahawan kosmetik Safiey Illias melakukan pengorbanan terbesar dalam hidupnya dan mengetepikan kehendak diri sendiri.
Safiey tampil berpakaian lelaki bersempana Hari Raya Aidiladha tahun ini dan meluahkan rasa syukur dapat menunaikan janji kepada ibu bapanya.
Menerusi akaun Instagramnya, Safiey memberitahu sambutan hari raya lalu merupakan kali terakhir dia beraya sebagai seorang perempuan.
Masih lagi mencari hidayah, Safiey berkata dia mahu berubah secara perlahan tanpa sebarang desakan ataupun paksaan.
Rata-rata netizen gembira dengan perubahan yang dilakukan Safiey dan mendoakan agar dia terus istiqamah.
Tidak dinafikan bila hendak berubah akan ada dugaan tetapi kami harap Safiey bersabar, kekal tabah dan semoga terus istiqamah untuk berubah menjadi seorang insan yang lebih baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments