Dikritik memakai pakaian terlalu ketat ketika menyampaikan ceramah motivasi baru-baru ini, pelakon Janna Nick mengakui kesilapannya yang kurang peka dalam pemilihan pakaian dan menerima teguran netizen secara terbuka.
Janna mengambil kesemua kritikan sebagai sesuatu yang positif dan tidak menyalahkan netizen, sedar dia seharusnya berpakaian lebih sopan untuk menyampaikan sesuatu ilmu.
Saya mengaku memang silap saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu. Ini kali pertama saya dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mungkin disebabkan itu saya tidak pasti mengenai cara pemakaian yang betul.
Insya-Allah saya akan perbaiki kalau selepas ini dipanggil lagi untuk memberi ceramah dan memakai baju mengikut kesesuaian acara. Saya ambil perkara ini secara positif saja.
Saya tidak menyalahkan netizen sebab bagi saya, kalau mereka tak tegur, saya sendiri tak tahu kesilapan saya itu. Jadi saya terima teguran mereka dengan baik dan positif.
Menurut Janna, dia diundang oleh sebuah majalah gaya hidup dan fesyen untuk memberikan ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman hidup dengan pelajar kolej, pada Ahad lalu.
Harapnya selepas ini Janna akan lebih berhati-hati dalam berpakaian agar tidak mengundang kritikan dan kecaman. Apa-apa pun, kami respek dengan Janna yang tidak mudah melatah apabila ditegur dan berani mengakui kesilapannya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments