#Hiburan: Alif Syukri Teringin Berduet Dengan Anuar Zain & Faizal Tahir

Ha, jangan main-main dengan Datuk Seri Aliff Syukri. Selepas merakam lagu Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, Biar Apa Orang Kata, Jom Raya dan yang terbaru Cowok Baru, Aliff Syukri telah melahirkan hasratnya untuk berduet dengan Anuar Zain dan Faizal Tahir. Ini sejajar dengan keinginannya untuk menjadi popular dan hebat seperti kedua-dua penyanyi tersebut.”
aliff syukriKata orang, cita-cita biar setinggi langit. Kalau tak berjaya pun, sekurang-kurangnya kita cecah ke awan. Abang Nara kagum dengan keinginan Datuk Seri Aliff Syukri ini walaupun nyanyiannya dikritik teruk oleh para netizen. Memang usahawan ini tak ambil peduli apa orang kata. Yang penting apa yang dikehendaki, pasti akan ditunaikan.

Kata Datuk Seri Aliff Syukri:-

Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat… saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka.

Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani kerana dia salah seorang bakat baru yang mempunyai populariti dan bakat yang baik dalam bidang nyanyian

aliff syukriOk juga sebenarnya kalau Anuar Zain dan Faizal Tahir sanggup berduet dengan Aliff Syukri. Barulah kita dapat lihat bakat sebenar nyanyian beliau. Selama ini berduet dengan Sajat, Lucinta Luna lebih kurang je sama taraf suaranya. Kita tunggu apa reaksi Anuar Zain dan Faizal Tahir. Manalah tahu ia akan menjadi satu kenyataan kan? Sama-sama kita nantikan. Sumber Astro Awani.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments