#Hiburan: Buat Pertama Kali, Saya Tak Dapat Ungkapkan Perasaan Sendiri – Sharnaaz Ahmad

Bukan senang menjadi seorang selebriti, lebih-lebih lagi apabila hal rumahtangga anda menjadi perbualan ramai. Semua peminat mahukan kepastian apa yang terjadi, namun selaku seorang suami dan ayah, Sharnaaz Ahmad telah memberikan jawapan yang terbaik apabila tidak memberi komentar lanjut. Iyerlah, hal rumahtangga ini biarlah diselesaikan sesama sendiri antara suami isteri terlebih dahulu. Lepas itu barulah boleh beritahu kepada pihak lain.

sharnaaz ahmad

Agak menyedihkan juga apabila membaca kata-kata Sharnaaz yang memaklumkan dia tidak mengungkapkan perasaan sendiri. Fuh!!! Iyerlah. Kalau dalam perkahwinan, bab penceraian ini adalah antara dugaan terbesar. Memang boleh kelu dibuatnya.

Kata Sharnaaz:-

Buat pertama kali dalam hidup, saya tidak dapat hendak mengungkapkan perasaan sendiri ketika ini. Saya bagaikan kehilangan kata-kata dan tak tahu nak cakap apa. Saya kosong. Apa yang terbayang dalam fikiran adalah anak saya. Itu sahaja. Walau apapun yang berlaku, Jebat tetap akan berada di sisi sampai saya menutup mata.

Buat masa ini saya belum bersedia bercerita tentang hal ini sebab ia hanya andaian. Jadi tak berani nak cakap takut mudaratkan lagi keadaan. Saya tahu saya banyak bercakap tentang benda-benda begini, tapi ini soal keluarga, saya tak mahu cakap lebih.

sharnaaz ahmad

Buat Sharnaaz dan Nabila, bersabarlah dan cuba cari jalan penyelesaian tanpa penceraian sekiranya boleh. Sebelum buat apa-apa keputusan, tatap wajah anak tercinta terlebih dahulu. Jangan kerana sedikit salah faham, masa depan anak diperjudikan. Sama-sama kita doakan kebahagiaan keluarga ini. Sumber Mstar Online.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments