Ketika ini, pelbagai spekulasi dan kontroversi menghimpit pelakon Syafie Naswip selepas dia putus tunang bersama Aishah Azman.
Ada pihak yang menghukum Syafie tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus menyindir dan mencaci dirinya. Bagaimanapun, Syafie enggan memberikan sebarang komen dan terus menjalani kehidupannya seperti biasa.
Tanggal 2 Ogos lalu, Syafie genap berusia 27 tahun dan dia sempat memuat naik video ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang diadakan secara sederhana bersama keluarga tercinta.
Ramai yang tersentuh melihat video tersebut termasuklah pelakon Almy Nadia yang meninggalkan komen agar Syafie dan keluarga tabah dengan apa yang berlaku.
Membalas komen tersebut, Syafie menganggap apa yang berlaku adalah petunjuk dariNya. Lebih baik mengakhiri daripada terus menanggung derita nanti.
Terdahulu, viral berita seorang pelakon lelaki popular bertindak kasar membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon, apabila wanita itu menuduhnya menjalin hubungan songsang. Isu ini mendapat perhatian ramai dan cukup hangat diperkatakan, ada pula netizen tanpa bukti kukuh mula membuat spekulasi mengaitkan nama Syafie dalam kontroversi tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments