#Hiburan: Pelakon Azah Aziz Dikecam Sokong Kempen LGBT

Aktres yang terkenal di era 90-an Azah Aziz, mencetuskan kontroversi sehingga mengundang kecaman apabila seakan menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

azah aziz sokong lgbt

Azah menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto ketika menghadiri acara perarakan kempen LGBT di Montreal, Kanada.

azah aziz lgbtazah aziz sokong kempen lgbtpelakon azah aziz

Untuk pengetahuan anda, Azah sudah menetap di negara itu selama 18 tahun selepas mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.

Rata-rata netizen kecewa dengan tindakannya itu, seorang Muslim tetapi menyokong pula kempen LGBT yang bertentangan dengan Islam.

azah aziz dikecam sokong lgbt

Namun, kata Azah setiap orang mempunyai hak mereka tersendiri dan janganlah terus mengecam tindakannya. Sesiapa yang tidak suka dengan apa yang dimuat naik olehnya, boleh berhenti mengikuti akaun Instagramnya.

Terpulanglah hendak sokong kempen sebegitu, tetapi tidak perlu berbangga memberitahu kepada umum. Hanya mengundang kecaman sedangkan diri tidak mahu dikecam.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments