#Hiburan: Dijangkiti Influenza A Selepas Tunaikan Haji, Neelofa Dikuarantin Seminggu

Jutaan tahniah diucapkan kepada Neelofa yang telah pun selamat mengerjakan ibadah haji. Bukan semua orang dapat menunaikan ibadah yang amat dituntut ini pada usia muda. Lepas ini kena panggil Neelofa dengan gelaran “Hajah Neelofa” pulaklah. Apa pun, buat masa ini pengacara popular tersebut terpaksa dikuarantin selama seminggu selepas disahkan dijangkiti Influeanza A sebaik sahaja pulang dari Mekah.

neelofa hajah

Disebabkan Influenza A boleh berjangkit, Neelofa telah membatalkan segala temu janjinya. Malah Hajah Neelofa juga tidak menerima mana-mana pihak yang ingin melawatnya. Ini adalah satu langkah yang amat bagus dan harus dipuji. Tulis Neelofa:-

Dengan rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini. Saya juga terpaksa menolak dengan baik menghadiri semua jemputan majlis dan sesiapa yang berhasrat untuk melawat saya kerana ia berjangkit. Semoga saya sihat pada minggu hadapan dan kembali bekerja seperti biasa

neelofa

Sama-sama kita doakan agar Neelofa cepat sembuh dan dapat melakukan kerja seperti biasa. Ambil peluang ini untuk berehat sepenuhnya dan “recharge” tenaga. Semoga Hajah Neelofa akan kembali lebih ceria, sihat dan aktif. Insya Allah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments