#Hiburan: Isteri Pergi Haji, Suami Pula Sibuk Buat Lagu Maksiat – Netizen Pelik Aliff Syukri Tidak Ikut Sekali

Isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu  Datin Seri Nur Shahida baru sahaja berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Shahida meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana sekali lagi diberikan peluang dan kesempatan untuk mengerjakan ibadah itu buat kali kedua, meskipun tanpa ditemani suami. Netizen kagum dengan semangat wanita itu yang begitu kuat untuk melakukan ibadah walaupun sedang sarat hamil.

Alhamdulillah, tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah. Tidak keseorangan, bersama anak saya yang masih di dalam rahim, akan temankan saya sepanjang berada di sana.

Instagram Photo

Aliff menerusi akaun Instagram turut memuat naik momen ketika dia menghantar isteri dan ibunya, Rozita Ibrahim ke lapangan terbang. Mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Rata-rata netizen mula mempersoalkan mengapa Aiff tidak menemani isterinya itu menunaikan haji. Ada juga yang mempertikaikan Aliff lebih mengutamakan untuk menyiapkan lagu terbarunya daripada beribadah.

Mungkin belum ada rezeki lagi untuk Aliff menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Siapa tahu mungkin selepas ini akan sampai seru untuk Aliff menjadi tetamuNya? Doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments