#Hiburan: Saya Sokong Apa Sahaja Keputusan Yang Buat Kakak Gembira – Neelofa

Gosip penceraian Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad semakin hangat diperkatakan hari ini. Ramai yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau sekadar khabar angin semata-mata. Sudah tentu, Neelofa sebagai adik kepada Noor Nabila telah menjadi kaunter pertanyaan untuk mengesahkan perkhabaran ini. Untuk makluman, rumah tangga pasangan ini yang berkahwin pada 31 Mac 2017 itu pernah dilanda kontroversi, Februari lalu selepas mereka sering memuat naik kata-kata sedih menerusi laman Instagram masing-masing.

neelofa

Enggan mengesahkan sebarang spekulasi yang sedang bertebaran, Neelofa memaklumkan yang dia akan menyokong apa jua keputusan yang dilakukan oleh kakaknya itu. Kata Neelofa:-

Nabila sudah mengharungi pelbagai dugaan (dalam hidup), jadi tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini. Apa yang saya boleh cakap, dia sangat kuat dan berhak mendapat yang terbaik.

Saya tahu, saya pasti menjadi orang pertama ditanya mengenai perkara itu kerana kami tinggal serumah. Tetapi, tidak adil untuk saya mengulas mengenai rumah tangga mereka. Sebagai adik, saya mahu semua orang tahu, saya menyokong apa sahaja keputusan yang membuat kakak gembira. Saya, keluarga dan rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa juga situasi.

neelofa

Neelofa juga memaklumkan netizen bebas membuat sebarang spekulasi atau mencipta persepsi sendiri selepas Noor Nabila memuatnaik gambar di mahkamah semalam:-

Itu perkara normal dan saya yakin, Nabila dapat mengendalikannya dengan baik. Dia pasti tahu buruk baik setiap tindakan yang dilakukan. Nantikan sahaja

neelofa

Daripada kata-kata Neelofa, seolah-olah memang benar Noor Nabila telah memfailkan penceraian terhadap Sharnaaz Ahmad. Namun semeua ini belum sah selagi kita tidak mendengar pengesahan daripada empunya badan. Selaku peminat, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments