#Hiburan: Intan Najuwa Dituduh Bertunang Kerana Harta?

Pelakon Intan Najuwa telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan, Razrul Anwar Rusli, 38, yang 16 tahun lebih tua daripadanya pada Ahad lalu.

intan najuwa bertunang

Berkongsi foto sekitar majlis pertunangannya di akaun Instagram, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Intan dan semoga kekal sehingga ke jenjang pelamin dengan jejaka pilihan hatinya itu.

intan najuwa tunang

Bagaimanapun, ada segelintir netizen memberikan komen sinis mempertikaikan niat sebenar pelakon berusia 22 tahun itu bertunang dengan seorang yang lebih tua.

Netizen tanpa usul periksa menuduh Intan mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.

Bercinta dengan orang lain,

bertunang dengan orang lain. Mesin ATM

intan najuwaintan najuwa bertunangintan najuwa tunang kerana hartaintan najuwa dituduh mata duitan

Ikhlas terima lamaran. Sikapnya yang

matang dan memahami buat hati saya terpikat

intan najuwa dan tunang

Intan dalam satu kenyataan memberitahu, sikap matang dan memahami membuatkan dia terbuka hati dengan ikhlas menerima lamaran jejaka tersebut.  Mereka juga cukup serasi bersama.

Sejujurnya kami tak rancang pun untuk bertunang. Tiba-tiba hati terdetik, saya teruskan sahaja. Lagipun ia benda baik. Selepas bawa jumpa keluarga dan mereka pun ok, mereka pun ngam.

intan najuwa bertunang usahawan

Kami dah lama kenal mungkin dalam satu tahun lalu. Kami bermula sebagai kawan sahaja kemudian bila dah lama-lama ia jadi serius.

Saya rasa dia lain daripada yang lain. Dia baik, matang, supportive dan yang penting dia sangat memahami jadual kerja saya.

Mereka sudah pun bertunang, jadi tidak perlu lagi pertikaikan apa-apa. Doakan yang baik-baik sahaja buat Intan dan tunangnya. Semoga hubungan mereka berdua akan dipermudahkan ke jenjang pelamin.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Furweds


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments