Baru-baru ini kecoh isu seorang selebriti dibayar RM160,000 untuk berlakon dalam sebuah teater yang bakal dipersembahkan tidak lama lagi. Rata-rata netizen mempertikaikan adakah selebriti tersebut terlalu hebat dan berbakat sehingga mendapat bayaran yang begitu tinggi?
Ketanya, selebriti itu meminta bayaran tinggi sebab mempunyai tanggungan yang besar. Pelbagai spekulasi timbul dan ada yang mengaitkan nama Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlynn adalah selebriti yang dimaksudkan memandangkan mereka kini sedang menjalani latihan untuk sebuah teater.
Bagaimanapun, Ozlynn menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas. Hanya sekadar spekulasi sahaja.
Kenapa tak tanya (pelakon) Janna Nick atau Syafiq Kyle? Sebab mereka berdua pelakon utama teater itu? Kami watak sampingan sahaja. Dialog tak banyak. Lagi pun suami saya hanya penyampai radio sahaja.
Warga maya boleh cakap apa sahaja. Kalau mereka cakap begitu, saya anggap ia satu doa. Mana tahu betul-betul mereka bayar kami RM160,000, ia rezeki anak.
Terdahulu, apabila nama Johan dikaitkan sebagai artis yang dibayar RM 160,000, beberapa pihak mula mempertikaikan bayaran tersebut terlalu tinggi dan tidak sesuai dengan bakat lakonannya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments