#Hiburan: “Mereka Tak Tahu Perkara Sebenar”, Aishah Azman Tak Kisah Ada Pihak Tidak Setuju Dengannya

Putusnya pertunangan Syafie Naswip dan Aishah Azman menjadi topik perbualan hangat para netizen pada bulan lalu. Kisah mereka berdua menjadi semakin panas apabila seorang pelakon lelaki telah ditahan polis kerana memukul bekas tunangnya kerana diminta meninggalkan tabiat buruknya yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sama. Para netizen dengan pantas mengaitkan berita penahanan tersebut dengan kedua-dua pelakon tersebut, namun ada pihak yang telah tampil mempertahankan Syafie Naswip dan mendakwa sikap Aishah Azman yang menyebabkan mereka berdua putus tunang.

syafie naswip

Susulan itu, ada pihak yang tampil mengkritik dan menyalahkan Aishah Azman di dalam hal ini. Namun adik kepada Afiq Muiz ini tidak ambil kisah dengan kritikan tersebut kerana baginya, mereka tidak mengetahui kisah sebenar. Kata Aishah:-

Saya tak salahkan mana-mana pihak jika ada yang kurang bersetuju dengan saya sebabnya mereka tak tahu perkara sebenar dan apa yang terjadi kepada saya. Kalau ada yang menghentam saya kerana membaca laporan itu, tak apa saya tak salahkan mereka kerana mereka hanya berkawan dan tak kenal lebih dalam.

Apa yang berlaku tiada kena mengena dengan keluarga saya atau ada sangkut paut dengan kontroversi yang melanda abang saya sebelum ini. Dia (Syafie) ‘angkat tangan’ kepada saya pun bukanlah berpunca daripada keluarga, sebaliknya isu antara kami.

Saya sedang menunggu laporan lanjut daripada pihak polis. Jadi kita tunggu hasil siasatan. Sehubungan itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi itu

syafie naswip

Untuk makluman, Aishah dan Syafie kedua-duanya sudah tidak berhubung dan telah pun membawa haluan masing-masing. Tambah Aishah lagi:-

Kami tak ada berhubung lagi, bawa haluan sendiri dan fokus dengan kerja masing-masing. Selepas berdepan dengan perkara ini, saya selesa untuk menjalani kehidupan biasa. Saya hanya mahu fokus kepada bidang hiburan. Saya ingin memberikan tumpuan terhadap lakonan dan sibukkan diri seperti sediakala.

syafie naswip

Insya Allah masa akan menyembuhkan segala-galanya buat kedua-dua pihak. Kalau nak cepat lagi sembuh, kenalah cari cinta baru. Memang boleh terus lupa segala kisah lama. Anggaplah apa yang terjadi sebagai ujian dan ambil iktibar. Semoga kesilapan yang sama tidak lagi diulangi pada masa hadapan. Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments