Kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman ‘bubble tea’ atau teh boba semakin menjadi-jadi. Banyak sungguh kedai minuman ini dibuka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, termasuklah di tepi jalan.
Antara yang tidak terlepas mengambil peluang dengan pengaruh viral minuman ini ialah Datuk Seri Vida. Baru-baru ini, dia ada mempromosikan produk terbaru keluaran anaknya, Cik B iaitu minuman teh boba.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa teh boba dijual pada harga agak mahal iaitu RM 15 secawan. Malah, ada netizen meluahkan rasa kecewa, mengatakan kualiti rasa tidak setimpal dengan harga ataupun dalam erti kata lain, indah khabar dari rupa.
Meskipun menerima pelbagai kritikan dan kecaman, DSV nampaknya tidak memberikan sebarang respon mengenai isu tersebut.
Apa-apa pun, kami harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Terima juga pandangan orang lain terhadap produk yang dikeluarkan dan cuba memperbaikinya agar mendapatkan hasil yang terbaik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments