#Hiburan: Kritik Drama LGBT, Dalam Diam Layan Tumblr Malam-Malam – Azhan Rani Pertahan Drama Songsang

Belum lagi ditayangkan kontroversi membabitkan telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi menjadi bualan hangat ramai kerana mengangkat tema lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di pusat tahfiz. Isu ini dikatakan agak sensitif apatah lagi ia melibatkan soal agama. Rata-rata netizen mengecam tindakan pihak penerbit yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

azhan rani

Kontroversi ini turut mendapat perhatian pelakon Azhan Rani yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan netizen yang mengecam telefilem tersebut. Menurut Azhan, dia percaya jalan cerita yang dipaparkan tidak memburukkan agama Islam seperti yang didakwa.

Kata Azhan, mereka yang mengecam seakan mempunyai agenda sendiri. Kononnya semangat ingin membela agama tetapi hakikatnya mereka juga dalam diam asyik melayan media sosial dan Tumblr.

Beberapa pihak turut bersetuju dengan kenyataan Azhan itu. Mereka berkata, karya Demi Tuhan Aku Bersaksi tidak harus dikritik sedangkan orang ramai tidak tahu jalan cerita sebenar. Mungkin mereka yang membantah tidak mahu menghadapi realiti ada kes yang berlaku melibatkan institusi tahfiz.

Terdahulu, penerbitnya Fadzil Zahari, meluahkan rasa kecewa dengan kecaman orang ramai terhadap karyanya. Jangan cepat menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui pengisian sebenar dan mesej yang cuba disampaikan. Sepatutnya tonton dahulu, barulah kritik.

Sumber Berita : Forum CARI


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments