Malaysia: Tuduh pensyarah UiTM berzina dengan pelajar, UiTM lakukan siasatan dalaman

UiTM siasat dakwaan pensyarah suka berzina dengan pelajar. – Gambar hiasan

DENGKIL: Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan melakukan “siasatan dalaman” terhadap dakwaan pensyarah cawangan Dengkil berzina dengan pelajar baru-baru ini.

Berharap orang ramai tidak membuat kesimpulan awal, naib canselornya berkata perkara itu dibuat bagi memastikan kesahihan tuduhan yang tular di media sosial, lapor Kosmo!

“Kita juga mempunyai prosedur dan sekiranya betul seperti didakwa, perkara ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa tatatertib untuk tindakan lanjut.

“Ini tuduhan yang berat serta memberi kesan kepada kakitangan Fakulti Undang-Undang. Kami akan mempertimbangkan mengambil tindakan sewajanyar,” kata Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim dipetik Malay Mail.

Azraai juga mengalu-alukan kerjasama mana-mana pihak yang memiliki bukti tampil membuat laporan.

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Twitter yang menyebut pensyarah tidak kira lelaki atau perempuan di pusat pengajian tinggi itu suka berzina dengan pelajar.

Semakan mendapati akaun tersebut kini tidak dapat diakses kemungkinan telah dinyahaktif.

Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post Tuduh pensyarah UiTM berzina dengan pelajar, UiTM lakukan siasatan dalaman appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments