Malaysia: LHDN kejar bekas menteri, menteri sekarang jika tak bayar cukai – Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, bukan sahaja bekas menteri kerajaan terdahulu sahaja yang akan ‘dikejar’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekiranya tidak membayar cukai.

Malah, tegasnya, barisan Menteri PH juga berdepan tindakan sama oleh LHDN jika membayar cukai.

“Bukan sahaja bekas-bekas menteri, menteri sekarang pun kalau tak bayar, LHDN akan kejar mereka. Kita mendapati semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terdapat cukai yang besar telah dikenakan kepada beberapa individu yang terkumpul untuk 10 tahun lalu. Sudah tentu ia tidak sah.

“Kamu tidak boleh mengumpul atau menggunakan kaedah baharu untuk mengira cukai sedangkan individu berkenaan telah membayar cukai mereka mengikut pengakuan awal undang-undang,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada terdapat beberapa tindakan lain akan dikenakan terhadap menteri-menteri daripada kerajaan BN.

Pada 1 April lalu, LHDN menuntut cukai tambahan daripada Najib sebanyak RM1.5 bilion bermula 2011 hingga 2017.

Memetik sumber LHDN yang tidak dinamakan berkata bekas perdana menteri tidak mengisytihar harta kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, lapor The Edge Financial Daily.

Laporan itu juga menyebut jumlah berkenaan termasuk RM2.6 bilion yang ditegaskan oleh Najib bahawa ia adalah dana sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel

KLIK BACA: Zahid nafi arah polis Bukit Aman tangkap Che Amri, Pastor Koh

KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah

KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah

KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?

KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.

The post LHDN kejar bekas menteri, menteri sekarang jika tak bayar cukai – Dr Mahathir appeared first on Malaysian Review.



sumber: Malaysiareview.com via #superpantas

Post a Comment

0 Comments