Banglo dengan reka bentuk Minangkabau bernilai hampir RM6 juta yang terletak di Saujana Duta, Seremban 2 dikatakan milik calon BN, Mohamad Hasan. – Foto Facebook
Khairy Jamaluddin mempertahankan hasil kekayaan calon Barisan Nasional DUN Rantau, Mohamad Hassan atau Tok Mat.
Khairy berkata kekayaan Mohamad tidak patut dipertikaikan kerana bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah tokoh korporat sebelum menceburi bidang politik pada 2004.
“Tok Mat bukan profesional politik, bukan ahli politik sejak muda, pada 2004, Pak Lah (Abdullah Badawi) panggil Tok Mat yang ketika itu ketua pegawai eksekutif (CEO) Mercedes-Benz.
“Beliau bukan CEO jaga di Malaysia, tetapi CEO di Asia Tenggara. Jarang sekali kita tengok syarikat Eropah lantik anak tempatan jadi CEO di negara yang mereka melabur.
“Pak Lah minta dia tinggalkan jawatan itu, menang dilantik jadi MB. Gaji menteri besar dengan korporat jauh beza tetapi sebab dia sayangkan Rantau, dia sanggup.
“Tak hairan kalau dia ada harta, orang Rantau tahu cerita ini tapi orang luar mungkin tak tahu,” katanya seperti di lapor Free Malaysia Today ketika berucap dalam program Ceramah Sepentas BN di Taman Kelab Tuanku, malam tadi.
Khairy berkata, serangan peribadi terhadap Mohamad oleh PH bermula beberapa hari lalu apabila tempoh berkempen PRK Rantau memasuki pusingan akhir.
Calon PH Dr S Streram semalam meminta penjelasan Mohamad berhubung dakwaan calon BN itu memiliki rumah banglo di Seremban 2, yang memiliki rekaan seni bina rumah Minangkabau.
Streram yang juga timbalan pengerusi PKR cabang Rembau mengulas gambar rumah Minangkabau tersebut yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Banglo tersebut yang dikatakan bernilai hampir RM6 juta itu terletak di Saujana Duta, Seremban 2.
Mohamad bagaimanapun manafikan dakwaan itu, sambil menjelaskan, beliau tidak memiliki rumah di Negeri Sembilan dan hanya menyewa di negeri itu selepas kekalahan BN.
Katanya, beliau hanya memiliki rumah di Kuala Lumpur. – Majalah Review Malaysia
KLIK BACA: Komplot culik Najib, Zahid, Hisham dan Khairy, 2 bekas askar didapati bersalah.
KLIK BACA: TH Darurat Macam Isteri Nak Bersalin – Zeti & Khairuddin
KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru masuk, kata Anwar
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
The post Khairy pertahan kekayaan Mohamad Hassan dituduh ada banglo RM6 juta appeared first on Malaysian Review.
sumber: Malaysiareview.com via #superpantas
0 Comments