Pelakon Yatt Hamzah menerusi akaun Instagramnya mengumumkan bahawa dia kini hamil anak ke-6 dan usia kandungan sudahpun mencecah lima bulan.
Pelakon filem Impak Maksima sebelum ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama pasangannya Zulfadhli Khairuddin.
Menzahirkan perasaan syukur kerana diberi peluang untuk hamil lagi dan diberikan kesihatan yang baik.
View this post on Instagram
“Apapun Allah bagi bonda okay je Alhamdullilah, tak tahulah abahnya. Alhamdullilah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun (Yatt mengalami keguguran sekali sebelum ini). Alhamdullilah Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je.”
Yatt dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia dan suami bakal menyambut kelahiran bayi dalam kandungan iu pada Julai ini.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut media sosial tampil mengucapkan tahniah dan mendoakan kebaikan untuknya.
View this post on Instagram
Sekadar info, Yatt telah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruvideo Mohamad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 yang lalu.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Suci Humair Iqlima, Suci Hayfa Medina, Suci Hawa Zulaikha. Manakala perkahwinan pertamanya, Yatt mempunyai seorang anak iaitu Suci Hanani Malika.
Sebelum ini, Yatt pernah mengalami keguguran anak ke-lima pada September tahun lalu.
The post (TAHNIAH) Yatt Hamzah Kini Hamil Anak Ke-6 Pada Usia 40 Tahun first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments