#Hiburan: Bukan Untuk ‘Content’ Youtube Semata, Hazeman Huzir Undang Nur Sajat Untuk Beri Bantuan Dan Nasihat

Pengacara Hazeman Huzir yang lebih dikenali sebagai Haze tampil memberikan sedikit pandangan mengenai isu membabitkan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang didakwa mahu keluar daripada agama Islam kerana tidak tahan dihentam oleh masyarakat.

View this post on Instagram

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

Advertisement

Haze dilihat telah berkongsikan pendapatnya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya untuk tatapan pengikut dan peminat di luar sana.

Ujar Haze, perkara terbaik yang boleh dilakukan orang ramai kini adalah sentiasa mendoakan agar Sajat berubah dan kembali ke fitrah dan jalan yang benar.

View this post on Instagram

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

“Apa yang kita boleh buat, doakan kesejahteraan dia, semoga dipermudahkan dan semoga kembali kepada agama Islam, tak salah pun, tak miskinlah kalau kita doa yang baik-baik untuk orang lain.”

Advertisement

Tambah Haze lagi, dia juga menawarkan kesempatan buat Nur Sajat untuk berjumpa dengannya jika memerlukan bantuan atau nasihat dari sudut agama.

Ujarnya lagi, dia melakukan perkara itu bukanlah semata-mata untuk mendapatkan ‘content’ kandungan video saluran Youtubenya, namun hanya sekadar ingin membantu atas dasar sesama insan.

“Kepada Sajat, kalau anda menonton video ini, saya bukan nak kutuk awak dan bukan jadikan content semata-mata. Kalau awak memerlukan bantuan, sila DM saya di Instagram, dari segi agama dan sebagainya, apa yang saya boleh bantu, saya bantu.”

Dalam pada itu, Haze turut menjelaskan mengapa baru sekarang dia berkongsi video tersebut setelah hampir beberapa minggu berita mengenai Sajat hangat diperkatakan.

Menurutnya, dia ingin menunggu keadaan reda dan tenang untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad,36, telah meluahkan hasrat untuk murtad selepas didakwa atas pertuduhan memakai pakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang serong.

SajatSumber : Google  

Dia kini juga turut diburu pihak Jabatan Agama Islam Selangor serta polis disebabkan oleh kes tersebut kerana gagal hadir untuk sebutan semula kes sehingga waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

The post Bukan Untuk ‘Content’ Youtube Semata, Hazeman Huzir Undang Nur Sajat Untuk Beri Bantuan Dan Nasihat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments