Wednesday, 26 February 2014

Dakwah Kreatif Era Baru

Konvensyen The Muslim Show

22 Mar 2014 • 9.00 pagi - 10.00 malam
Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Konvensyen The Muslim Show membawa tema “Dakwah Kreatif Era Baru” dijangka memberi kelainan kepada orang ramai. Konvensyen ini menampilkan kartunis The Muslim Show Comic yang diterbangkan khas dari Perancis untuk memberi maklumat mengenai dakwah era baru iaitu melalui komik yang dihasilkan oleh beliau.
Bagi memberi nilai tambah dalam ilmu yang bakal disampaikan dalam konvensyen ini, The Muslim Show juga menjemput panel-panel yang terkemuka dalam Malaysia sendiri. Kehadiran panel-panel ini akan membincangkan dan membawa satu resolusi mengenai medium dakwah era baru supaya dakwah yang dibawa sampai kepada semua peringkat dan golongan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar emel kepadaptscoe@pts.com.my atau menghubungi Cikpuan Roziyah (016-661 6500), Cikpuan Farah (010-247 2361).
PEMBELIAN TIKET BOLEH HUBUNGI SAYA DI : 017-3146997 (SYAZWAN)

Penyertaan
RM110 - Pendaftaran berkumpulan dengan bilangan 10 orang
RM130 - Individu, PROMOSI sehingga 1 Mac 2014
RM200 - Selepas 1 Mac 2014
*Percuma komic 'The Muslim Show' Edisi Bahasa Melayu.
Anda digalakkan menggunakan 'GMAIL' atau 'YAHOO' sahaja; Pastikan anda tidak menggunakan emel syarikat/organsasi anda bagi mengelakkan sebarang kemaskini maklumat dari pihak kami tidak diterima.
  • BERIKAN MAKLUMAT SEPERTI BERIKUT 

  • MAKLUMAT PENDAFTARAN PESERTA

    # Untuk makluman, setiap peserta yang mendaftar akan diberikan modul dan fail program.
  • BAYARAN & PENGESAHAN

    Sila rujuk pada jumlah bayaran yang perlu dilakukan di bahagian tepi atas atau bawah sebelah kanan borang dan rujuk maklumat kaedah bayaran di bawah;
    (1) Lakukan pembayaran secara online banking / Cash Deposit Machine (CDM) / mesin ATM / Bank-in (kaunter) ke mana-mana akaun pilihan yang dinyatakan.
    (2) Bagi bukti pembayaran yang menggunakan Cash Deposit Machine (CDM) / Mesin ATM / Bank-in (kaunter), sila scan/ambil gambar resit anda dan upload melalui borang di bawah.
    (3) Bagi pembayaran secara Pindahan Online (Online Transfer) sila salin resit anda kepada fail imej JPG/GIF/PNG (Sila pastikan tidak melebihi 200KB agar anda tidak menghadapi kesukaran untuk muat naik) dan upload melalui borang di bawah.
  •  / /Pick a date.
  •  :

Monday, 17 February 2014

SKIM MY HOME : Pendapatan Bwah RM3000 Layak Terima Subsidi RM30Ribu


PUTRAJAYA: Kerajaan menawarkan subsidi maksima RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada  individu berpendapatan RM3,000 ke bawah menerusi program MyHome yang akan dilancarkan 1 April ini.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014.

RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut namun pemohon bagaimanapun perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antara syarat yang digariskan ialah pembelian rumah ini merupakan pembelian rumah pertama dan tidak boleh dijual selama 10 tahun.

Menurut perdana menteri, pemaju swasta perlu memohon kepada kerajaan untuk membina rumah di bawah skim ini.

Subsidi maksima RM30,000 pula bergantung kepada kos pembinaan rumah kos rendah mengikut definisi yang ditetapkan kerajaan negeri dan kerajaan akan membayar subsidi itu terus kepada akaun pemaju.

Najib ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di Putrajaya.


SUMBER : ASTRO AWANI




Thursday, 13 February 2014

Mengapa Valentines Day Haram? Jom Baca!



Menurut Encyclopaedia Britannica, hari Valentine yang juga dikenali sebagai Hari Saint Valentine, disambut pada 14 Februari. Pada hari ini, pencinta meluahkan kasih sayang mereka dengan ucapan dan hadiah.

Menurut sejarah, terdapat beberapa sempena hari Valentine ini. Ada yang mengatakan sambutan ini bersempena dengan terbunuhnya seorang Paderi Kristian yang komited terhadap agamanya bernama Valentine. Dia dibunuh oleh Maharaja Claudius II Gothicus pada tahun 270M. Dalam lagenda, dikatakan St. Valentine telah jatuh cinta dengan anak Maharaja tersebut dan sebelum dihukum bunuh, dia telah menulis sepucuk surat yang termaktub padanya, " from your Valentine". Dilaporkan juga, hari Valentine berasal daripada satu perayaan kuno yang disambut di Rom iaitu Perayaan Lupercalia. Perayaan ini dirayakan kerana menyambut kedatangan musim bunga dan antara upacara utamanya ialah menguji tahap kesuburan wanita, di mana lelaki akan dicabut undi dan sesiapa yang terpilih akan melakukan hubungan seks dengan wanita yang ditetapkan.
 
Pada akhir abad ke-5M, Pope Gelasius I menggantikan Perayaan Lupercalia dengan Hari St. Valentine. Ia kemudiannya disambut sebagai hari percintaan bermula pada abad ke-14M. Kini hari Valentine bukan sahaja disambut di negara Barat atau penganut agama Kristian sahaja, bahkan seluruh dunia turut meraikannya. Pasangan kekasih menunggu-nunggu tarikh keramat 14 Febuari bagi merayakan hari kekasih ini. Ia dianggap hari istimewa bagi menunjukkan cinta kepada pasangan masing-masing.
 
Sambutan hari Valentine bukan hanya sekadar hari kekasih untuk hiburan teruna dan dara, namun hari Valentine juga merupakan hari perayaan rasmi ritual agama Kristian seperti disambut di 'Anglican Communion' iaitu persatuan antarabangsa gereja-gereja Anglican yang terdiri daripada Gereja England dan gereja-gereja negara serantau (Holy Days, Church of England (Anglican Communion, 2012), juga di sambut di Gereja Lutheran (Pfatteicher, P.H., New Book of Festivals and Commemorations: A Proposed Common Calendar of Saints, 2008).
 
Persoalan yang timbul, apakah hukum seorang Muslim merayakan hari Valentine? Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, 2012, hlm. 16).
 
Kita perlu membezakan antara menghargai kasih sayang dan menyambut hari berkasih sayang seperti hari Valentine. Islam sangat menghargai kasih sayang, sehingga Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim). Jarir bin Abdullah melaporkan, katanya, "Rasulullah pernah berkata, ‘Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, Allah juga tidak kasih kepadanya." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim). Nukman bin Basyir melaporkan, katanya, "Rasulullah bersabda, ‘Orang-orang yang beriman bagaikan satu tubuh badan dalam hal berkasih sayang dan berlemah lembut sesama mereka. Bila salah satu anggota sakit, seluruh tubuh juga akan sakit kerana tidak dapat tidur dan demam." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).
 
Dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Aisyah melaporkan, katanya, "Satu kumpulan orang Arab Dusun datang berjumpa dengan Rasulullah. Mereka bertanya, ‘Adakah saudara-saudara semua mencium anak-anak saudara?' Para sahabat Nabi Muhammad menjawab, ‘Ya.' Orang-orang Arab Dusun itu berkata, ‘Tetapi kami tidak biasa mencium anak-anak kami.' Rasulullah pun berkata, ‘Apakan daya saya. Allah telah mencabut perasaan kasih sayang daripada jiwa saudara-saudara.' (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim).
 
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine's Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Allah SWT memerintah umat Islam memohon kepadaNya untuk mencontohi perjalanan dan cara hidup golongan yang diberi nikmat oleh Allah daripada kalangan para Nabi, orang yang benar imannya, orang yang mati syahid mempertahankan agama Allah, dan orang yang melakukan amal soleh. Kita juga diajar oleh Allah agar membebaskan diri sepenuhnya daripada pengaruh Yahudi dan Kristian termasuklah perjalanan dan cara hidup mereka. Ini semua dijelaskan dalam surah al-Fatihah ayat 6 hingga 7, "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
 
Maksud golongan yang Allah kurniakan nikmat kepada mereka dijelaskan dalam surah al-Nisa' ayat 68 hingga 69, "Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka. Iaitu Nabi-nabi, orang-orang Siddiqiin, orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)."
 
Manakala maksud golongan yang dimurkai oleh Allah, ditafsirkan oleh Nabi Muhammad saw: 'Adi bin Abi Hatim melaporkan, "Saya bertanya kepada Nabi Muhammad saw maksud firman Allah dalam surah al-Fatihah: 'orang-orang yang Engkau telah murkai', jawab Nabi, 'Mereka adalah orang Yahudi.'". Manakala maksud golongan yang sesat pula ialah Kristian, sebagaimana laporan 'Adi bin Abi Hatim, "Nabi Muhammad saw menjelaskan maksud firman Allah dalam surah al-Fatihah: 'orang-orang yang sesat', mereka adalah orang Kristian." Meniru dan mengamalkan cara hidup orang bukan Islam seperti orang Yahudi, Kristian dan lain-lain adalah termasuk dalam maksud mengiktiraf agama tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah saw, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut." (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud).
 
Allah SWT memberikan peringatan kepada Nabi Muhammad saw dan umat Islam dalam surah al-Baqarah ayat 120, "Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti agama mereka (yang telah terpesong itu)." Oleh sebab itu, Nabi Muhammad saw turut memberikan peringatan kepada kita: Abu Sa'id al-Khudri melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Kamu akan mengikut jejak langkah cara hidup golongan sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehingga jika mereka masuk ke dalam lubang biawak Dhob pun, kamu akan mengikuti mereka." Kami bertanya, "Wahai Rasulullah. Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian." Jawab Nabi, "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari).
 
Larangan Nabi Muhammad saw perbuatan mencontohi dan mengikuti cara hidup golongan Yahudi, Kristian dan penganut agama lain adalah meliputi segala tingkah laku,sama ada ia melibatkan ritual keagamaan atau tatacara kehidupan seharian. Contohnya, al-Syarid bin Suwaid melaporkan, katanya, "Pada suatu masa Nabi Muhammad berjalan melintas di depan saya. Waktu itu saya sedang duduk dengan meletakkan tangan kiri di belakang bahu saya dan saya bersandar menggunakan tangan saya itu. Kata beliau, ‘Adakah kamu duduk dengan gaya orang Yahudi?'" (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud).
Berdasarkan hadis ini, cara duduk pun Nabi larang umatnya daripada mengikuti cara orang Yahudi. Apatah lagi ketika menyambut hari Valentine, pasangan kekasih yang masih belum bernikah secara sah melahirkan perasaan cinta mereka mengikut cara yang haram. Ber'dating', berdua-duaan bagi memadu asmara, berpegangan tangan tanda keintiman; kesemuanya merupakan tingkahlaku haram yang menjadi mukaddimah kepada berleluasanya maksiat dan zina. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 32: "Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)."
 
Islam bukan hanya sekadar mengharamkan zina, namun segala perkara yang boleh mendekatkan seseorang dengan perzinaan adalah hukumnya haram. Oleh sebab itu, umat Islam wajib kembali mengamalkan tatacara hidup yang dibenarkan oleh Islam dan meninggalkan tatacara hidup yang bercanggah dengan syariat Islam seperti sambutan hari Valentine. Cinta sejati hanyalah cinta yang berpaksikan cinta kepada Allah dan Nabi Muhammad saw. Manakala cinta berahi yang berpaksikan nafsu syahwat yang menjuruskan pencinta itu melakukan dosa dan maksiat kepada Allah, adalah cinta yang mengundang bencana di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Zukhruf ayat 67, "Pada hari itu (hari kiamat) sahabat-sahabat karib; sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
 
(Artikel ini ditulis oleh: al-Faqir Dr. Arieff Salleh bin Rosman: Felo Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi (CFiRST), Universiti Teknologi Malaysia)

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/menyambut-valentines-day-halal-haram

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...