#Hiburan: “Aku Yakin IG Dia Kena Hack..” Bekas Kekasih, Niezam Zaidi Tak Percaya Perubahan Mendadak Nonny Nadirah

Bekas teman lelaki Nonny Nadirah yang baru-baru ini tampil mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seksi dan memadam foto-fotonya yang terdahulu di Instagram, Niezam Zaidi telah memuatnaik kata-kata nasihat kepada Nonny menerusi media sosialnya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Advertisement

Menulis panjang lebar, Niezam,29, yang juga seorang pelakon berkata bahawa dia tidak percaya Nonny yang memuat naik video tersebut dan percaya bahawa akaun Instagram pelakon wanita itu telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.

View this post on Instagram

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)

Dia dalam pada itu turut meminta peminat dan pengikut di luar sana agar tidak mudah buruk sangka kerana ianya boleh menjatuhkan fitnah.

Niezam juga berkata kemungkinan untuk akaun Instagram bekas kekasihnya itu digodam juga amat besar kerana dia sudah lama tidak aktif di laman media sosial tersebut.

Advertisement

Terdahulu, netizen dan peminat pelakon drama Melankolia itu dikejutkan dengan video wanita berpakaian seksi mirip Nonny di Instagram.

Nonny turut menulis kapsyen ‘It’s good to be back’ di hantarannya itu.

Sebelum ini, Niezam dan Nonny pernah menjalinkan hubungan cinta sehingga hampir ke jinjang pelamin namun putus di tengah jalan sekitar Oktober lalu apabila masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.

The post “Aku Yakin IG Dia Kena Hack..” Bekas Kekasih, Niezam Zaidi Tak Percaya Perubahan Mendadak Nonny Nadirah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments