#Hiburan: Polis Mula Siasat Kumpulan Youtuber Belasah Orang

Hari ini pihak polis telah mula melakukan siasatan terhadap laporan berlaku pergaduhan di gelanggang futsal yang viral semalam.

BACA: Ahli Kumpulan Youtuber Terkenal Dikatakan Belasah Orang Hanya Sebab Futsal

Advertisement

Ketua Polis Derah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam pergaduhan itu termasuklah kumpulan Youtuber terkenal yang didakwa memukul mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan bermula selepas seorang lelaki berusia 19 tahun melakukan terjahan keras ke atas pemain lawan berusia 22 tahun. Pada waktu inilah mangsa datang dan cuba meleraikan pergaduhan.

Seorang lelaki berusia 29 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah dipukul oleh kira-kira 10 orang, mengakibatkan dia cedera di kening, muka dan calar di bahagian badan. Siasatan mendapati tiada senjata digunakan dalam insiden itu. – Katanya.

Dalam pada itu, pihak polis turut akan mengenakan kompaun ke atas mana-mana individu yang didapati melanggar SOP PKPB.

The post Polis Mula Siasat Kumpulan Youtuber Belasah Orang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments