#Hiburan: (TAHNIAH) Setelah Tiga Bulan Kahwin, Dayana Roza Hamil Anak Pertama

Pelakon Dayana Roza yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Disember lalu telah berkongsikan sebuah berita gembira apabila dia kini hamil anak pertama.

View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Advertisement

Dayana dilihat telah memuat naik foro imbasan ultrasound di Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta meluahkan rasa gembira di atas kehadiran bayi tersebut.

Dia turut meletakkan tanda pagar #septemberbaby yang menandakan dia kini hamil tiga bulan.

View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Dayana dalam pada itu turut memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan tersebut.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis tampil mengucapkan tahniah di atas perkhabaran gembira itu.

View this post on Instagram

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Terdahulu, Dayana dan suami, A’dale Adham Ayahudin,34, telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2020 bertempat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan buat Dayana Roza dan suami!

The post (TAHNIAH) Setelah Tiga Bulan Kahwin, Dayana Roza Hamil Anak Pertama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments