Monday, 18 November 2013

Perbezaan UBAT dengan SUPPLEMENT



UBAT
  1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
  4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
  6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
  7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
  8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar. seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
  9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.
  10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
Supplement ( Vitamin )
  1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
  4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.
  6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
  8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
  9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi. 
  10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASAN
  • Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja. 
  • Supplement boleh diambil bila-bila masa.dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement.
  • Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat.
  • Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit.

Wednesday, 13 November 2013

81 Skim Perkhidmatan Awam yang dinaiktaraf



Dalam Bajet 2014, PM Najib Razak ada menyebut tentang penambahbaikan 81 gred penjawat awam. Bernama melaporkan, KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu pekeliling mengenai 81 skim tersebut akan dikeluarkan pada November 2013 dimana penjawat awam berkenaan diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan. 

Semua skim dibuat kajian semula dengan melibatkan semua termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha, kata beliau.

Berikut adalah senarai penuh 81 Skim Perkhidmatan Awam [sumber tak dinyatakan] yang dinaiktaraf.

Pembantu Kawalan Trafik Udara
Pemandu Lokomotif Sabah
Pereka
Pegawai Kebudayaan
Ahli Fotografi
Jurusolek
Pegawai Galian
Pegawai Kimia Bumi
Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
Penolong Pegawai Galian
Penolong Pegawai Kimia Bumi
Pembantu Galian
Pembantu Kaji Bumi
Pegawai Makmal Filem
Penolong Pegawai Makmal Filem
Pembantu Makmal Filem
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Pensyarah Perubatan
Pensyarah Pergigian
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
Pegawai Latihan Vokasional
Pengajar Kraf
Pembantu Pertanian
Pembantu Veterinar
Renjer Hutan
Pengajar Membalak
Pengawas Hutan
Pembantu Hidupan Liar
Pembantu Hidupan Liar Rendah
Tukang K1
Tukang K2
Tukang K3
Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
Operator Loji
Pekerja Awam Khas
Pekerja Awam
Penyelamat
Pelukis Pelan
Juruteknik Landskap
Juruteknik
Juruteknik Ukur
Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
Penguasa Bekalan Air
MerinyuTali Air
Pegawai Perhubungan Preman
Penyelia Jeti
Penghantar Notis
Pembantu Kamera/Pemandu
Pemandu Kenderaan
Pembantu Am Pejabat
Pengurus Stesen
Penyelia Jurupakaian
Peniup Kaca
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pengawas Pemulihan
Pegawai Penerbitan
Penolong Pegawai Penerbitan
Pembantu Penerbitan
Operator Kamera Offset/ Pembuat Plat
Penolong Operator Kamera
Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
Pembantu Penyelidik Sosial
Pengurus Asrama
Penolong Pengurus Asrama
Penyelia Asrama
Penolong Pegawai Tadbir Tanah
Pembantu Tadbir Tanah
Pegawai Pemeriksa Paten
Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
Pembantu Pemuliharaan
Jurulatih Kawad
Pembantu Wartawan/Wartawan
Atendan Kesihatan
Penolong Pegawai Penaksir
Pegawai Aktuari
Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Semoga dengan penambahbaikan dan peningkatan gred berkenaan, mengembirakan penjawat awam terlibat. Tentu gaji juga akan meningkat namun harga barang makin melambung!! 

Pekeliling 81 skim perkhidmatan awam keluar bulan depan






KUCHING 28 Okt. - Pekeliling berkaitan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 akan dikeluarkan mulai bulan depan.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, antara penambahbaikan yang bakal dilakukan adalah dari segi peluang peningkatan gred jawatan melibatkan para penjawat awam.
Katanya, perkara itu telah pun memasuki fasa akhir selepas melalui proses kajian yang cukup teliti bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana telah bersetuju mengadakan pindaan dalam skim perkhidmatan awam yang ada.
"Bagi tahun ini kita telah mengkaji 81 skim, insya-Allah dari semasa ke semasa kita akan mula mengkaji skim yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Komanwel bagi Pengurusan dan Pentadbiran Awam (CAPAM) dan Forum Serantau CAPAM 2013 yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Ali dalam pada itu berharap semua penjawat awam dari pelbagai peringkat yang menerima surat tawaran akan menyambut baik setiap perubahan dalam skim perkhidmatan masing-masing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131029/dn_04/Pekeliling-81-skim-perkhidmatan-awam-keluar-bulan-depan#ixzz2kanYwkgg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...