#Hiburan: Dilabel ‘Pelakon Kayu’, Jabir Meftah Tidak Kecil Hati Dengan Nasihat Isma Yusoof

Bekas peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah yang kini bergelar pelakon mengakui dirinya tidak kecil hati meskipun dilabel ‘pelakon kayu’ seperti yang diluahkan pengarah drama Shah Alam 40,000, Isma Yusoof dalam ruang Instagram miliknya baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by ???? (@jabirmeftah)

Advertisement

Jabir yang merupakan salah seorang daripada pelakon drama itu berkata, dia sangat menghargai komen serta pendapat yang diluahkan pengarah itu dan akan menggunakannya untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Meskipun tidak pasti komen ‘pelakon kayu’ itu merujuk kepadanya atau tidak, Jabir walau bagaimanapun mengambil komen tersebut sebagai sesuatu yang positif.

View this post on Instagram

A post shared by ???? (@jabirmeftah)

“Saya pun masih baru dalam bidang ini. Jadi komen-komen itu saya ambil sebagai satu teguran dan peringatan untuk diri. Bayangkan kalau saya dah berlakon lama tapi tak pernah tahu kelemahan yang perlu diperbaiki, payah juga.”

Advertisement

Jabir yang baru sahaja berusia 21 tahun sebelum ini sudah bergelar pelakon tambahan pada sekitar tahun 2018 yang lalu sememangnya menyimpan impian untuk menjadi pelakon handal pada suatu hari nanti.

View this post on Instagram

A post shared by ?? ? ? (@ishmaryarai)

Difahamkan juga, dia juga kini aktif memasuki kelas lakonan dalam usaha memperbaiki diri dalam bidang lakonan.

Ketika ditanyakan pengalaman berlakon di bawah arahan Isma Yusoof, Jabir berkata dia kagum dengan cara pengarah tersebut yang memberi kebebasan untuk setiap pelakon mencorakkan sendiri watak yang dibawa.

View this post on Instagram

A post shared by ???? (@jabirmeftah)

Sekadar info, Jabir yang merupakan jejaka kacukan Tunisia dan Melayu ini kini sudahpun membintangi beberapa drama terkenal seperti Juliet, Suara Hati, Cinta Tiada Perisik, Diva Popular serta Amoi Balik Kampung.

The post Dilabel ‘Pelakon Kayu’, Jabir Meftah Tidak Kecil Hati Dengan Nasihat Isma Yusoof first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments