#Hiburan: “Dia Nampak Je Bodoh-Bodoh Tapi..” – PU Rahmat Dedah Atu Zero Seorang Yang Sangat Menjaga Solat

Pencetus Ummah Rahmat (PU Rahmat) menerusi satu hantaran di Instagramnya mendedahkan mengenai sikap pelawak Atu Zero yang sangat baik dan perlu diambil iktibar.

View this post on Instagram

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu)

Advertisement

Menurut PU Rahmat, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif ,28, sangat menjaga solat lima waktunya.

Perkara tersebut telah membuatkan pendakwah selebriti itu kagum meskipun kerjaya Atu yang sibuk sebagai seorang penghibur.

View this post on Instagram

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@rahmat_ikhsan_official)

“Sahabat saya ini seorang pelawak tetapi selalu saya melihat beliau menjaga solat. Saya mendoakan rezekinya mengalir deras seperti sungai. Jom kita belajar menjaga solat.”

Dalam hantaran itu, PU Rahmat turut memuat naik foto Atu yang sedang menunaikan solat.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil memuji dan kagum dengan sikap Atu itu. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mengenali pelawak itu secara dekat.

Atu KomenSumber : Instagram PU Rahmat  

Sekadar info, Atu merupakan salah seorang ahli kumpulan lawak Zero yang turut dianggotai adik beradiknya yang lain iaitu Syarif dan Syaiful.

The post “Dia Nampak Je Bodoh-Bodoh Tapi..” – PU Rahmat Dedah Atu Zero Seorang Yang Sangat Menjaga Solat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments