#Hiburan: “Ini Bukan Akaun Rasmi Saya..”- PU Riz Nafi Ada Buka Akaun Media Sosial Twitter

Agak kecoh di laman Twitter apabila ramai peminat teruja melihatkan pengantin baru, PU Riz telah membuka sebuah akaun media sosial baru dan mendedikasikan ucapan khas buat isterinya, Neelofa sempena perkahwinan mereka.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Advertisement

Menggunakan nama @hrisbismail_, tweet penghargaan yang disangka daripada Haris itu telah diulang kicau dan memperoleh pengikut yang banyak dalam sekelip mata.

Namun, Haris menerusi laman Instagram Story telah tampil menafikan bahawa dia pemilik sebenar akaun Twitter tersebut.

PU Riz IGSumber : Instagram PU Riz  

“Ini bukan akaun (Twitter) rasmi saya..” tulisnya dalam bahasa Inggeris untuk pengetahuan peminat media sosialnya.

Sebelum ini, ianya menjadi tular apabila melihat akaun PU Riz palsu itu telah berkongsi kata-kata romantis dan turut menggunakan tanda pagar #SayangHarisSeorang. Akaun palsu tersebut kemudiannya telah dipadam setelah mendapat perhatian daripada PU Riz sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Dilaporkan bahawa akaun tersebut baru sahaja diaktifkan sebaik sahaja PU Riz sah bergelar suami kepada personaliti terkenal, Neelofa pada hari Sabtu yang lalu.

The post “Ini Bukan Akaun Rasmi Saya..”- PU Riz Nafi Ada Buka Akaun Media Sosial Twitter first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments