#Hiburan: “Tidak Ada Pilih Bulu Dalam Pelaksanaan SOP” – Polis Ambil Keterangan Saksi Di Majlis Nikah Neelofa

Selepas ramai yang mengkritik mengenai majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pihak polis telah tampil dan menyatakan bahawa kertas siasatan sudah pun dibuka mengenai dakwaan itu.

BACA: Didakwa Tidak Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa Dan PU Riz

Advertisement

Terbaru, polis mengesahkan akan memanggil pengurus acara masjlis pernikahan tersebut pada hari ini untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut, menurut laporan Harian Metro.

Kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, bukan sahaja pengurus acara berkenaan, malah mereka akan mendapatkan keterangan daripada beberapa saksi lain seperti pekerja hotel di mana merupakan lokasi majlis itu berlangsung.

“Semalam, pihak polis sudah mengambil keterangan pihak hotel dan hari ini, dijangkakan akan ambil keterangan dari pengurus acara majlis berkenaan. Saksi-saksi lain juga akan dipanggil dalam masa terdekat.”

neelofa dan pu riz bernikah

Mohamad Zainal juga meminta orang ramai supaya tidak salah faham mengenai pengeluaran kompaun terhadap salah laku melanggar SOP.

Advertisement

“Polis menerima maklumat selepas gambar berkenaan tular kerana majlis diadakan secara tertutup, jadi siasatan perlu dijalankan.”

Bahkan menjelaskan bahawa pihak polis sudah pasti akan terus ke lokasi berkenaan dan mengeluarkan kompaun sekiranya mereka menerima laporan semasa majlis masih lagi berjalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan untuk mengenal pasti gambar yang tular termasuk kesahihan gambar berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Masyarakat tidak perlu khuatir, tidak ada pilih bulu dalam pelaksanaan SOP, tindakan sewajarnya akan di ambil selepas kertas siasatan lengkap dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.”

Semoga siasatan dijalankan dengan adil dan telus.

The post “Tidak Ada Pilih Bulu Dalam Pelaksanaan SOP” – Polis Ambil Keterangan Saksi Di Majlis Nikah Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments