Sebelum ini viral di Twitter tentang seorang lelaki telah dibelasah teruk oleh geng Youtuber yang dikenali dengan nama Isarb Clan.
Kejadian ini dikongsikan pengguna Twitter, Bakhtiar Ikhwan yang memaklumkan mangsa telah membuat satu laporan polis. Difahamkan pergaduhan yang berlaku itu hanya berpunca dari rasa tak puas hati kumpulan Youtuber terbabit sewaktu bermain futsal.
Selama ni fikir baik lah sangat buat content tolong orang, sedekah sana sini haha dasar hipokrit! Pasal tak puas hati kat futsal je terus ajak 5 buah kereta datang nk tibai sorang eh? Siap bawak kerambit ? Kat dunia boleh la lepas. Allah Maha Adil bro! pic.twitter.com/c7nFJ7I5p9
— Bakhtiar Ikhwan (@bakhhhhhhhh) March 6, 2021
Isteri mangsa turut memaklumkan yang suaminya Rahimie hanya berniat untuk meleraikan pergaduhan yang telah berlaku tetapi Hafiz Isarb dikatakan tidak berpuas hati dan datang semula ke arah Rahimie bersama rakan-rakannya untuk membelasah mangsa.
Berikut adalah rakaman pergaduhan yang sempat dirakam.
Nasib court sebelah tolong record bagi bukti. Korang nilai lah sendiri mcm mana species pengecut ni berani nk attack orang dalam gelap ramai2 ?? pic.twitter.com/3sHW7evK7k
— Bakhtiar Ikhwan (@bakhhhhhhhh) March 6, 2021
Banyak juga masalah yang ditimbulkan beberapa ahli Isarb sehingga memburukkan nama kumpulan mereka sendiri.
The post Ahli Kumpulan Youtuber Terkenal Dikatakan Belasah Orang Hanya Sebab Futsal first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments