Tuesday, 28 January 2014

Pengganti Gangnam Style? Usha ni!


10 Apps Wajib Untuk Usahawan Online

Mobile-Apps_115239742
Perubahan teknologi dalam masa 10 tahun kebelakangan ini telah banyak mempengaruhi kehidupan kita. Begitu juga dengan dunia perniagaan internet, banyak yang sudah berubah.
Jika dulu, perniagaan internet hanya boleh dilakukan dengan menggunakan komputer sama ada di pejabat, rumah atau cyber cafe. Tetapi kini, dengan kemunculan telefon pintar dan juga rangkaian 4G, perniagaan internet sudah boleh dijalankan dari mana-mana sahaja dengan hanya menggunakan sebuah telefon pintar.
Jesteru itu, kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang 10 Aplikasi mobile yang dapat membantu seseorang usahawan  internet, menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan mantap, walaupun dimana sahaja mereka berada.

1. Gmail

gmail apps
Ini adalah aplikasi yang wajib ada pada setiap telefon milik usahawan internet. Email adalah merupakan komunikasi utama di dalam menguruskan perniagaan. Manakala, perkhidmatan email yang sering menjadi pilihan utama usahawan online pula, ialah Gmail.
Aplikasi ini perlu ada di dalam telefon untuk memudahkan usahawan menyemak notifikasi jualan produk, ataupun email pertanyaan dari pelanggan.

2. M2U

m2u
Memandangkan maybank2u masih menjadi pilihan utama sebagai saluran bayaran bagi para pembeli di Malaysia, maka, usahawan internet perlulah memiliki applikasi in untuk memudahkan mereka menyemak transaksi bayaran yang dibuat oleh pelanggan.

3. Facebook Page Manager

facebook
Fanpage adalah merupakan salah satu tools yang sering digunakan oleh usahawan online untuk membuat pemasaran di facebook bagi produk & perniagaan mereka.
Aplikasi fanpage manager ini penting untuk membolehkan usahawan membalas mesej-mesej PM dari pelanggan menerusi fanpage dengan mudah dan segera. Untuk makluman, anda tidak boleh membalas mesej PM di fanpage menggunakan aplikasi facebook.

4. Google Analytics

Google Analytics
Aplikasi ini pula sangat membantu untuk usahawan online melihat perkembangan website mereka dari semasa ke semasa dengan mudah dan pantas. Menerusi aplikasi ini, usahawan boleh memantau trafik, kadar conversion rate, dan  pelbagai lagi info yang disediakan oleh google analytics. Syaratnya, anda perlulah letakkan kod tracking google analytics di website anda terlebih dahulu.

5. WhatsApp

whatsapp
Sejak kemunculan applikasi whatsApp, kadar penghantaran sms semakin berkurangan. Saya sendiri menerima lebih banyak mesej di whatsapp berbanding SMS.
Menggunakan whatsapp, usahawan online boleh meminta pihak pembeli mengambil gambar resit bayaran dan menghantarkan gambar tersebut menerusi whatsapp sebagai bukti bayaran.
Selain itu, menerusi whatsapp, ianya memudahkan pelanggan untuk membuat aduan kepada penjual jika mereka menghadapi sebarang masalah dengan produk yang dibeli, seperti file ebook tidak boleh dibuka, produk yang sampai rosak dan sebagainya. Pelanggan hanya perlu ambil gambar atau video produk yang bermasalah tersebut dan hantarkan ia  kepada penjual menerusi whatsapp supaya penjual dapat melihat gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh pembeli.

6. Evernote

evernote
Sebagai usahawan, pastinya anda seringkali mendapat idea-idea yang hebat secara tiba-tiba.. Nah! Evernote memudahkan anda untuk mencatatkan segala idea yang terlintas di fikiran anda.
Selain membuat catatan nota, evernote juga mampu menyimpan gambar, keratan artikel atau sebarang bahan yang anda temui di internet sebagai bahan rujukan anda di kemudian hari. Pendek kata, dengan evernote, ianya memudahkan anda membina “bank data” atau “bank idea” anda dengan lebih mudah, bagi rujukan di masa hadapan.

7. Dropbox

dropbox
Sejak menggunakan dropbox, saya sudah tidak lagi menggunakan thumbdrive. Dropbox adalah merupakan  sebuah aplikasi “penyimpanan data di awan” (cloud storage). Ia bermaksud, anda boleh mengakses fail-fail anda dari mana-mana sahaja anda berada menggunakan pelbagai peralatan, sama ada menerusi telefon pintar, tablet, komputer, website  dan sebagainya.
Syaratnya, peralatan tersebut perlulah mempunyai akses internet. Asalkan ada internet, anda boleh akses semua fail yang anda letakkan di dalam folder dropbox anda.
Selain itu, anda juga boleh berkongsikan fail-fail di dalam folder dropbox anda kepada rakan-rakan, ahli kumpulan, pekerja ataupun pelanggan anda.

8. MSM : SMS Auto Reply

msm
Untuk usahawan yang seringkali menggunakan SMS bagi menguruskan tempahan. Aplikasi MSM ini pastinya akan dapat membantu anda mengautomasikan urusan perniagaan anda.
Dengan aplikasi MSM ini, anda boleh tetapkan beberapa keyword, dan aplikasi tersebut akan membalas setiap mesej berdasarkan keyword yang anda tetapkan secara automatik.
Contohnya, anda boleh meminta bakal pelanggan anda menghantarkan sms dengan mesej “ORDER XXX” ke handphone anda bagi membuat tempahan produk . Dengan aplikasi MSM ini, anda boleh tetapkan mesej balas yang “standard”, dan mesej balasan tersebut akan dihantar secara automatik kepada bakal pelanggan anda itu tadi berdasarkan keyword yang mereka hantarkan.

9. Any.do

anydo
Ini pula adalah aplikasi yang akan membantu anda merancang “To Do List” harian anda. Ianya sangat bagus untuk memantau serta mengingatkan anda tentang tugas-tugas yang perlu anda lakukan agar terus kekal produktif setiap hari.
Ianya ringkas, cantik dan mudah digunakan.

10. Instagram

instagram
Instagram adalah merupakan antara aplikasi yang sedang meningkat naik dengan pantas. Dari perspektif usahawan, instagram kelihatan mampu memberikan potensi serta peluang yang besar sebagai satu lagi platform pemasaran bagi perniagaan.
Jika anda masih belum mempunyai akaun instagram, install segera aplikasi ini dan mulalah bina follower bagi perniagaan anda menerusi instagram. Anda boleh baca 4 tips bagaimana menggunakan instagram untuk memasarkan perniagaan anda disini.

Itulah 10 aplikasi telefon pintar yang kami rasakan dapat membantu anda sebagai seorang usahawan internet menguruskan serta menjalankan perniagaan anda dengan lebih berkesan dan mantap.
Anda rasa, anda ada aplikasi lain yang ingin dicadangkan? Jangan lupa nyatakan ia di ruangan komen…  :)


Read more: http://www.wangcyber.com/10-apps-wajib-untuk-usahawan-online/#ixzz2rlKYCUZr

Thursday, 23 January 2014

The Weekly Pay / StayReward / JobandcashAdalah Tipu Bahaya!

assalamualaiikum 


 siapa pernah dengar theweeklypay.com dan stayreward.com ??

ia memerlukan kita promote 1 link. jika ada yang klik earning kita akan naik 10usd.. gila beb! 10 usd dengan sekali klik? siapa tak nak kan.. mestilah berduyun-duyun yang register. korang tak tau yang sebenarye.. diorang hanya generate trafik secara percuma. bila korang nak cash out korang kena complatekan 1 servey. pastu korang klik lar click here to open servey kan?
bila korang start jawab servey macam nie..kena jawab dalam 3-4 soalan..


diakhirnya ia akan keluar seperti ini. kamu kena isi no telefon.

 bila kamu tekan continue kamu akan dapat nie
kalau kamu teruskan juga. system akan potong kredit kamu. pelbagai cara ia kan potong. antaranya mula-mula ON terus potong credit. cara ke dua bila ON tak potong tapi akan potong pada minggu berikutnya. cara ke tiga setiap sekali system hantar masej kepada telefon kamu ia kan potong credit kamu. satu masej tu dah lar dalam rm3. dalam seminggu bukan satu masej. ada juga cara keempat ia akan potong credit kamu ketika kamu nak STOP.. 

okew sekarang kamu boleh lihat macam mana ia menipu duit kamu.. 
mesti ada yang cakap. ala rm3 seminggu je kot.. kita dapat 300 usd.. cer convert dalm rm.. mau shoping 30hari tanpa henti.. hehehe.. tapi sebenarnya servey tu walau berkali2 kau jawab. ia akan fail. sedangkan yang kamu ON tadi dah start langan secara automatik.kalau kamu tak percaya cuba baca T&C kat atas tue..

 mungkin pada yang baru nak berjinak dengan payperclick nie tak pernah lagi tengok  laman eb seperti ini. untuk pengetahuan anda lar kan.. sebenarya setakat yang saya jumpa dah ada 4-5 laman web sebiji macam ni. cuma tukar nama je.. wall dia sama je..

ayat pemanis kat atas nie memang ia tak kan tinggal.. hehe.. 
kalau kamu perasan lar.. tak de pown ia suruh buat pengesahan akaun kan.. bermakna boleh wat banyak2 akaun lar.. betol tak.. okew lar.. nie saya berkongsi sekadar pengalaman saya.. saya tak nak korang kena tipu. dah lar kredit tinggal sikit.. skali ia potong.. menyesal tak sudah.. kalau ada yang pernah cash out.. boleh inform kat saya ye.. :)




Tuesday, 21 January 2014

Jawapan Keseluruhan Guess The Emoji


Jawapan Keseluruhan Guess The Emoji

Level 1
matahari + cermin mata = SUNGLASSES
hati + nota = LOVE LETTER
bendera + bibir = FRENCH KISS
jagung + anjing = CORN DOG
jam + anjing = WATCH DOG
jagung + roti = CORNBREAD
cawan + hati = COFFEE BREAK
burger + tiara = BURGER KING
epal + televisyen = APPLE TV
bintang + ikan = STARFISH

Level 2
cengkerang + ikan = SHELLFISH
buku + ulat = BOOKWORM
bulan + orang = MOONWALK
api + lori = FIRE TRUCK
api + jam = FIRE ALARM
papan tanda + rokok = NO SMOKING
perempuan + kumbang = LADY BUG
tandas + kertas = TOILET PAPER
pizza + kotak = PIZZA BOX
marah + kepala burung = ANGRY BIRDS

Level 3
roket + minyak = ROCKET FUEL
serangga + orang, kutu + orang, labah-labah + orang = SPIDERMAN
keluarga + pokok = FAMILY TREE
kereta + berenang = CARPOOL
bola tenis + kasut = TENNIS SHOES
kapal terbang + nota = AIR MAIL
bola ajaib + biskut = FORTUNE COOKIE
udang + gelas = SHRIMP COCKTAIL
bola lisut + berlian = BASEBALL DIAMOND
rumah + orang = HOME RUN
bendera + roket = NASA

Level 4
arnab + telur = EASTER EGG
rokok + jam = SMOKE ALARM
mentol + rumah = LIGHT HOUSE
tangan + bibir = GOODBYE KISS
menangis + bayi = CRY BABY
duit + lembu = CASH COW
letupan + jagung = POPCORN
orang + buku = FACEBOOK
bintang + duit = STARBUCKS

Level 5
mata + telefon = IPHONE
lembu + orang = COWBOY
pistol + bintang = SHOOTING STAR
labu + kek = PUMPKIN PIE
berlian + berlian = DIAMONDS
kucing + tidur = CAT NAP
mata + muzik = ITUNES
kucing + ikan = CATFISH
bendera + kapal = FLAG SHIP
bumi + ular/ulat = EARTH WORM

Level 6
limau + ceri + strawberry + tangan = FRUIT PUNCH
senyum/gembira + kasut = HAPPY FEET
bendera + kentang = FRENCH FRIES
topi graduasi = GRADUATE
tiang berwarna + rumah = BARBER SHOP
roket + microskop = ROCKET SCIENCE
bunga + bintang = LUCKY STAR
hati + muzik = LOVE SONG
marah + orang = DENTIST
cokelat/coklat + botol susu = CHOCOLATE MILK

Level 7
matahari + mentol = SUNLIGHT
nenek + datuk = GRAND PARENTS
speaker + malam = SILENT NIGHT
makhluk asing + basikal + bulan = ET
siang + malaikat + malaikat = CITY OF ANGELS
televisyen + sauh = TV ANCHOR
payung/hujan + matahari = RAIN OR SHINE
speaker = MUTE
bendera british + ikan + kentang goreng = FISH AND CHIPS
1 + 2 + monyet + monyet = TWELVE MONKEYS

Level 8
marah + topi = MAD HATTER
orang + cermin mata + kilat = HARRY POTTER
daun + khinzir/babi = CANADIAN BACON
anjing + daging = DOG FOOD
jarum suntikan + berlian = BLOOD DIAMOND
takut/terkejut + filem/drama = SCARY MOVIE
jam tangan + jam dinding = TIME OUT
harimau + golf = TIGER WOODS
kilat + payung/hujan = THUNDER STORM
kuda/keldai + tangan = HORSEPOWER

Level 9
bendera jepun + bom + bendera amerika + kapal = PEARL HARBOR
bendera korea + kuda + menari + muzik = GANGNAM STYLE
mandi + tandas = BATHROOM
gula batu + tukul + letupan = CANDY CRUSH
hati + pistol = HEART ATTACK
awan/kapas + gula batu = COTTON CANDY
botol susu + cokelat = MILK CHOCOLATE
aiskrim + lori = ICE CREAM TRUCK
percuma + ikan paus = FREE WILLY
bayi + botol susu = BABY BOTTLE

Level 10
tebuan/lebah + tolak = BEE LINE
santa claus + pokok krismas = CHRISTMAS
parti + anak burung/ayam = PARTY ANIMAL
mikroskop + tikus = LAB RAT
kucing + perempuan = CAT WOMAN
bulatan biru + bulan = BLUE MOON
mandi + topi graduasi = SHOWER CAP
jam + kapal terbang = TIME FLIES
basikal + tangan = LANCE ARMSTRONG
keluarga + kamera = FAMILY PHOTO

Level 11
patung liberty + surat khabar = NEW YORK TIMES
matahari + burung = EARLY BIRD
bola keranjang + 2 + 3 = MICHAEL JORDAN
pisau + mandi = PSYCHO
pizza + khemah = PIZZA HUT
anjing + hati = PUPPY LOVE
bendera itali + kereta + duit = ITALIAN JOB
malaikat + malaikat + syaitan + syaitan/hantu = ANGELS AND DEMONS
bayi + mandi = BABY SHOWER
tukul + jam = HAMMER TIME

Level 12
kanta pembesar + ikan = FINDING NEMO
pin + pin + jarum suntikan = PINS AND NEEDLES
mata + gula batu = EYE CANDY
hidung + jarum suntikan = NOSE BLEED
pisang + kapal layar = BANANA BOAT
hantu + hantu + pistol = GHOST BUSTERS
orang + piano = THE PIANIST
orang + tengkorak = WALKING DEAD
kapal terbang + letupan = PLANE CRASH
7 + anak panah ke atas = 7 UP

Level 13
hati + bot = LOVE BOAT
pengantin perempuan + mandi = BRIDAL SHOWER
filem + puteri = DRAMA QUEEN
kek + muzik = BIRTHDAY SONG
puteri + bendera england = QUEEN ELIZABETH
puteri + hati = QUEEN OF HEARTS
kertas + pisau = PAPER CUT
rokok + pistol = SMOKING GUN
pintu + loceng = DOORBELL
biskut + syaitan/hantu = COOKIE MONSTER

Level 14
ombak + 11 = OCEANS ELEVEN
rumah + belon = UP
berpeluh + seluar = SWEAT PANTS
bendera england + kapal terbang = BRITISH AIRWAY
pen + budak lelaki = PEN PALS
bendera penamat + tolak = FINISH LINE
orang salji + orang lelaki = SNOW MAN
kura-kura + burung = TURTLE DOVE
panas + anjing = HOTDOG
lelaki + sampan + harimau = LIFE OF PI

Level 15
kuku + puteri = BEAUTY QUEEN
10 + payung/hujan = PERFECT STORM
rumah + pengantin = HOUSEWIFE
gelas + parti = COCKTAIL PARTY
gula batu + epal = CANDDY APPLE
panas + sejuk + belon = HOT AIR BALLOON
salji + matahari + daun hijau + daun kering = FOUR SEASONS
menari + serigala = DANCES WITH WOLVES
kucing + lembu + kuda + bumi = ANIMAL PLANET
khinzir/babi + duit = PIGGY BANK

Level 16
jarum suntikan + tomato + minuman = BLOODY MARY
mata + garisan turun naik = EYELINER
patung liberty + polis = NYPD
jarum suntikan + nenek + anak panah ke kanan + perempuan = BOTOX
tangan + ayam = HANCOCK
beruang + panas = BEAR GRYLLS
tidur + semut + kumbang + semut = BED BUGS
jam tangan + orang = WATCHMEN
pin + budak lelaki/orang = PIN HEAD
hati + arak + malam = POKER NIGHT

Level 17
kopi + anjing = TEACUP POODLE
baik + buku = BIBLE
kereta + letupan + kereta = CAR ACCIDENT
budak lelaki + pisai + babi + lembu = BUTCHER
matahari + mentol + tangan/jari = BRIGHT IDEA
lidah + pusaran = TOUNGUE TWIST
kota + buku = FAIRY TALE
budak lelaki + pancing/joran + ikan = FISHERMAN
air + kereta + air = CAR WASH
cincin + ulat bulu = RINGWORM

Level 18
anak panah ke bawah + 2 + bumi = DOWN TO EARTH
rumah + gelas = HOUSE WINE
perempuan + babi/khinzir = MISS PIGGY
daun + salji + beruang + bumi = CANADA
kambing + teh hijau = GOATEE
aiskrim + awan = VANILLA SKY
ATM + pin = ATM PIN
orang + dialog = GROUP CHAT
daging + daging + kayu ria/joystick = HUNGER GAMES
kuda + kasut = HORSESHOES

Level 19
tengkorak + pistol + pisau = LEATHAL WEAPON
gunting rambut + gincu + baju = MAKEOVER
buku + beg = BOOK BAG
pokok + api = FOREST FIRE
lelaki + pengantin perempuan = RUNAWAY BRIDE
kereta + kolam + drama = DRIVE IN THEATER
pembaris + buku = RULEBOOK
speaker + muzik = SOUND OF MUSIC
kura-kura + tangan + letupan + pizza = NINJA TURTLES
kapal terbang + bendera amerika + 1 = AIR FORCE ONE

Level 20
tanda soal + tanda soal = anak panah ke bawah = WHAT LIES BENEATH
pisang + hati = BANANA SPLIT
bibir + gincu + kasut tumit tinggi + patung liberty = SEX IN THE CITY
makhluk asing + roket = UFO
cendawan + bintang + lelaki + lelaki = MARIO BROTHERS
lelaki + VS + perempuan + pistol = MR AND MRS SMITH
jagung + kacang + kacang = CORN NUTS
kunci + 2 + hati = KEY TO MY HEART
$ + 100 = BENJAMIN FRANKLIN
telur + kopi + kuih gelang = BREAKFAST CLUB

Level 21
datuk + jam = FATHER TIME
masuk + keluar + burger = IN AND OUT BURGER
lelaki + keluar + minyak = RUN OUT OF GAS
gula-gula + sedih + limau + babi/khinzir = SWEET AND SOUR PORK
senyum + end = HAPPY ENDING
perempuan + lelaki + burger + kentang goreng = HAPPY MEAL
seterika + lelaki = IRON MAN
pengantin perempuan + cincin = WEDDING RING
kitar semula + nota = RECYCLE PAPER
bom + cengkerang = BOMBSHELL

Level 22
telefon = CELLULAR
matahari + bunga = SUNFLOWER
lemon + air + air = LEMONADE
tangan + 777 = GOOD LUCK
X + anak panah ke kanan + duit = RAGS TO RICHES
penumbuk + club = FIGHT CLUB
pengantin perempuan + lelaki + letupan + letupan = WEDDING CRASHERS
muzik + anak panak ke kanan + telinga = MUSIC TO MY EARS
kereta + letupan + kereta = CRASH
arak + senyum = FULL MOON

Level 23
terkejut + ombak = SHOCKWAVE
takut + pisau = SCREAM
bintang + pistol + bom = STAR WARS
roda + duit + duit = WHEEL OF FORTUNE
bendera itali + kopi + gelas + kek = TIRAMISU
bintang + mata = STAR GAZE
nota + orang = LETTER HEAD
hantu + buku = GHOST STORY
tikus + arnab + tikus = RODENTS
mulut + dialog + telinga = SECRET

Level 24
ular + kasut = SNAKESKIN BOOTS
angin + ikan = BLOW FISH
pembaris + jam + monyet = LONG TIME NO SEE
pelangi + gula batu = SKITTLES
kawan + kawan + malam + anak panah ke kanan = GIRLS NIGHT OUT
club + pil = CLUB MED
petak + anak panah + X + O = PLAYSTATION
pokok + buku = THE JUNGLE BOOK
panda + kereta api = PANDA EXPRESS
bulan + 17 Jul = MONDAY

Level 25 (last level)
jam + roket + jam = TIME TRAVEL
kereta + nenek + bunga = DRIVING MISS DAISY
777 + arak + arak + pengsan = HANGOVER
datuk + hati + nenek = AMOUR
malam + syaitan + jarum suntikan = VAMPIRE
disket + jam = SAVED BY THE BELL
buaya + lelaki = CROCODILE DUNDEE
penumbuk + letupan + panda = KUNG FU PANDA
kereta + kereta + P + rumah = GARAGE
tanda larangan + sedih + tanda larangan + tangan = NO PAIN NO GAIN

p/s : Dah! Jangan stress2 pos kat FB tanya kawan ;p

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...