#Hiburan: Buat Video TikTok Hina Dan Ejek OKU, Baby Shima Dihentam Netizen

Tular di media sosial semalam apabila penyanyi Baby Shima telah memuatnaik video TikTok yang menunjukkan reaksinya terhadap orang kelainan upaya (OKU) di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Advertisement

Video tersebut ternyata telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen apabila dia seolah-olah mengejek tokoh OKU, Zharif Affandi yang dilahirkan tanpa kedua-dua belang tangan dan menggunakan kaki untuk menjalani aktiviti harian.

Dalam video tersebut, Baby Shima telah meniru semula aksi Zharif dengan menggunakan kakinya.

Advertisement

Dilabel kurang sensitif, netizen menganggap perbuatan Baby Shima yang turut mencipta nama di negara seberang itu sebagai kurang sensitif dan tidak kelakar.

Namun, setelah menerima kecaman tersebut, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu telah memadam video tersebut dari akaun media sosialnya.

Sekadar info, Zhariff Affandi merupakan seorang golongan OKU yang mempunyai kelulusan bidang psikologi daripada Universiti Graffith, Australian dan turut pernah menerima Anugerah Belia Perdana pada tahun 2011.

Dia juga merupakan pemilik syarikat The Zhariff Initiative Sdn. Bhd.

The post Buat Video TikTok Hina Dan Ejek OKU, Baby Shima Dihentam Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments