#Hiburan: Neelofa Dan PU Riz Bernikah Hujung Minggu Ini?

Selepas selesai majlis perkahwinan antara Noor Nabila bersama Engku Emran, kini khabar angin majlis pernikahan selebriti Neelofa bersama PU Riz pula tiba-tiba menjadi perhatian netizen.

Ini apabila majlis pernikahan antara mereka dikatakan bakal diadakan pada minggu ini antara 25 hingga 27 Mac 2021. Bagaimapun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi dari Neelofa mahupun PU Riz.

Advertisement

Meninjau di Instagram @lofa.page, ada satu video yang terlihat PU Riz sedang memilih samping songket dengan tanda hashtag #NLFH menguatkan lagi yang mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Kisah hubungan mereka berdua juga sebelum ini telah menerima ujian apabila PU Riz dituduh menggunakan ubat pengasih termasuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaunya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Neelofa dan mereka telah berjaya menyelesaikan salah faham ini. Semoga apa yang dirancang Neelofa dan PU Riz berjalan lancar.

 

The post Neelofa Dan PU Riz Bernikah Hujung Minggu Ini? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments