#Hiburan: Penyanyi Lagu Apo Kono Eh Jang, Fida Bakal Berkahwin Pada Bulan Ramadhan Ini

Penyanyi, pelakon dan juga usahawan, Rafidah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Fida,35, mengumumkan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga pada awal bulan Mei ini.

View this post on Instagram

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)

Advertisement

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang ini hanya mendedahkan bahawa bakal suaminya itu merupakan seorang ahli perniagaan dan turut berharap agar majlis itu kelak akan berjalan lancar seperti dirancang.

Bakal menganjurkan majlis mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, Fida menjelaskan bahawa pada awalnya, dia dan bakal suami hanya mahu mengadakan majlis pernikahan sahaja namun ahli keluarganya ingin membuat majlis resepsi memandangkan dia anak bongsu.

View this post on Instagram

A post shared by R A F I D A H I B R A H I M (@rafidahibrahim)

“Apapun, masih banyak urusan yang perlu kami berdua selesaikan dahulu dan bila difikir-fikir, pemilihan Mei itu adalah tepat. Biarlah semuanya lancar. Persediaan dan persiapan pun saya buat biasa-biasa sahaja, tapi jika ada ahli keluarga dan sahabat yang mahu menambah apa-apa dirasa perlu, terpulang pada mereka.”

Advertisement

Sebelum ini, Fida ada pernah mendedahkan bahawa dia sendiri yang ‘melamar’ bakal suaminya itu berikutan sudah mengenali hati budi lelaki pilihannya itu terlalu lama.

Ujar Fida, dia dan lelaki itu sudahpun berkenalan lebih daripada 10 tahun yang lalu dan hanya memperkenalkan identiti bakal suaminya itu sebagai ‘bekas pengurus’.

Menurut pelakon drama Setulus Janji ini lagi, allahyarham ibunya juga sangat merestui hubungan mereka berdua sebelum bondanya pergi menghadap Ilahi pada Mei 2017 yang lalu.

Sekadar info, Fida pernah membintangi drama Cinta Tikar Sejadah serta Adik Manja Returns dan kini bergelar pengasas perniagaan R Secrets Sdn Bhd.

The post Penyanyi Lagu Apo Kono Eh Jang, Fida Bakal Berkahwin Pada Bulan Ramadhan Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments