#Hiburan: Air Mata Noorkhiriah Tumpah, Rayu Netizen Tidak Tayang Foto Lamanya Di Media Sosial

Pelakon Noorkhiriah menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya telah merayu agar pengguna media sosial tidak sewenang-wenangnya memuat naik foto atau video yang memaparkan imej lamanya yang tidak menutup aurat dan berhijab.

View this post on Instagram

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Advertisement

Menurut Noorkhiriah, dia telah dibanjiri dengan mesej yang dikirim orang ramai yang telah berkongsi video lakonan pada suatu ketika dahulu.

Ujar pelakon drama Kerana Cintaku Saerah ini lagi, klip video lakonan lamanya telah menjadi viral di aplikasi TikTok di mana telah memaparkan dia berkemban dan tidak bertudung.

NoorkhiriahSumber : Instagram Noorkhiriah  

“Akak sedih, korang dah tau kan akak dah full berhijab tapi masih nak keluarkan cerita waktu belum bertudung. Sudah la tidak bertudung, akak dalam video tu berkembang walaupun ada tuala kat atas. Kalau korang berfikiran waras, mesti takkan keluarkan video macam tu.”

Tambah Noorkhiriah lagi, jika membabitkan stesen televisyen dia sama sekali tidak mempunyai kuasa untuk menghalang namun untuk pengguna media sosial, pelakon wanita itu meminta jasa baik mereka untuk menghentikan muat naik video serta foto lamanya itu.

Air matanya turut kelihatan mengalir apabila mengenangkan perkara dahulu yang baginya, tidak patut untuk diulang siar sedangkan dia kini sudah berubah ke arah muslimah yang lebih baik.

“Bila disuruh padam tak padam. Allah dah tutup aib kakak cantik-cantik tapi korang keluarkan juga..”- Noorkhiriah

The post Air Mata Noorkhiriah Tumpah, Rayu Netizen Tidak Tayang Foto Lamanya Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments