#Hiburan: Mahkamah Tolak Permohonan Lanjut Masa Rayuan Balas Hadanah Anak Lelaki Serina Redzuawan

Sebelum ini, pelakon, Serina Redzuawan telah menfailkan permohonan mengubah perintah hadanah kekal kepada dua anaknya dengan alasan bekas suami, Gavin Edward O’luanaigh tidak mengamalkan cara hidup Islam.

Serina turut menyatakan rasa bimbang anak-anaknya akan murtad. Berikutan itu, Mahkamah Tinggi Syariah pada Ogos tahun lalu, telah memberikan hak penjagaan anak perempuan kepada Serina manakala anak lelaki diberikan kepada bekas suami.

Advertisement

BACA: Serina Redzuawan Syukur Hak Penjagaan Anak Perempuan Berpihak Kepadanya

Terbaru, Mahkamah Rayuan Syariah menolak permohonan Serina untuk mendapatkan lanjutan tempoh masa menfailkan rayuan balas terhadap hak jagaan anak lelakinya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, peguam yang mewakili Gavin iaitu Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, dalam prosiding tersebut, mahkamah memutuskan kelewatan selama 19 hari untuk memfailkan permohonan.

Katanya lagi, permohonan tidak mempunyai alasan munasabah serta tidak dijelaskan dalam afidavit Serina.

Advertisement

Oleh demikian, Serina gagal memberikan alasan yang munasabah dan melengah prosiding mahkamah. Serina tidak boleh membangkitkan rayuan terhadap hak jagaan anak yang diberikan kepada Gavin.

Rayuan Gavin terhadap perintah hak jagaan anak perempuannya, Isabella Saffiya O’luanaigh yang diberikan kepada Serina telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 27 Mei ini.

Mahkamah Rayuan hanya akan mendengar rayuan Gavin iaitu perintah yang memberikan hak jagaan kepada Serina iaitu Isabella.

Jelas peguam itu lagi, Mahkamah Rayuan hanya akan mendengar rayuan Gavin berkenaan perintah hak penjagaan Isabella kepada Serina.

The post Mahkamah Tolak Permohonan Lanjut Masa Rayuan Balas Hadanah Anak Lelaki Serina Redzuawan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments