#Hiburan: Menderita Penyakit GERD, Penyanyi Azhar Osman Dilihat Semakin Kurus Dan Cengkung

Penyanyi Azhar Osman yang merupakan bekas penyanyi duo Azhael, dilihat semakin kurus dan cengkung menerusi foto terbaru yang dimuat naik Azhar di akaun Instagram miliknya.

AzhaelSumber : Google  

Menerusi hantarannya itu, Azhar telah memuat naik sekeping gambar memaparkan wajah dan tubuhnya dari bahagian sisi tetapi tidak memandang kamera.

Advertisement

Ianya ternyata telah mencuri perhatian peminat yang rata-rata bimbang melihatkan keadaan Azhar kini di mana lebih susut berbanding dahulu.

Enggan membiarkan peminat tertanya-tanya, Azhar menjawab persoalan pengikut media sosialnya dengan menjelaskan bahawa dia baru sahaja sembuh daripada penyakit GERD ataupun Reflux.

Untuk info, penyakit GERD merupakan sejenis komplikasi bahagian pencernaan yang kronik di mana asid dalam perut atau kandungan dalam perut akan mengalir semula ke dalam saluran esofagus.

Terdahulu, Azhar kini bergerak solo apabila Hael telah mengambil kesempatan untuk mengundurkan diri daripada Azhael sekitar tahun 2017 yang lalu.

The post Menderita Penyakit GERD, Penyanyi Azhar Osman Dilihat Semakin Kurus Dan Cengkung first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments