Wednesday, 26 June 2013

Kegunaan Dropbox , Kelebihannya dan Cara Menggunakannya !

Hari ini saya nak berkongsi satu aplikasi yang sangat berguna iaitu Dropbox. Dropbox ini sangat memudahkan kerja kita untuk memindahkan fail-fail seperti dokumen, gambar, video, audio malah aplikasi sekalipun, daripada sebuah komputer ke peranti mudah-alih, atau komputer ke komputer, atau peranti mudah-alih ke komputer dan yang penting mesti mempunyai rangkaian internet. Malah kita juga boleh berkongsi link-link kepada rakan-rakan kita, untuk kegunaan mereka.

Apakah itu DropBox?

DropBox adalah penyimpanan dan penyelarasan fail dalam talian. Seakan seperti pemacu USB, cuma bezanya ia dalam talian, dan boleh diakses pada bila-bila masa dari peranti yang mempunyai rangkaian internet.

 Apa kelebihannya?
  1. Ianya percuma. Anda akan diberikan ruangan simpan sebanyak 2GB. Anda juga boleh menambah ruang simpanan dengan membeli ruang simpanan tambahan dengan Dropbox.

  2. Menyokong pelbagai pelantar Sistem Operasi samada Windows, Linux atau MacOS dan lain-lain, dan juga peranti-peranti mudah-alih (Android, symbian,windows mobile, BB, iOS), asalkan mempunyai rangkaian internet.

  3. Penggunaan yang mudah. Hanya letak sahaja fail yang anda mahu simpan di dalam Fail Dropbox di dalam komputer anda. Ianya akan automatik diselaras ke dalam talian. Dan boleh diakses samada melalui komputer lain mahupun telefon bimbit anda.

  4. Perkongsian mudah. Melalui Dropbox, anda boleh sambungkan Fail khas di dalam fail Dropbox anda dengan pengguna Dropbox yang lain. Contohnya jika anda ingin membuat kerja kursus dengan kawan anda. Dropbox akan mengongsikan fail-fail berisi maklumat dari komputer anda terus ke rakan anda. (Sedikit tetapan diperlukan)

  5. Pantas. Pelarasan fail menggunakan Dropbox amat pantas serta tidak berat untuk komputer anda. Sistemnya pantas dan ringan.

  6. Selamat. Dropbox menyimpan fail anda dengan selamat di atas talian. Jika komputer anda rosak, anda boleh mendapatkan semula fail anda dari Dropbox. Bila-bila masa sahaja.
Cara menggunakannya :
  1. Pergi ke Laman Web Dropbox

  2. Isi borang penyertaan yang disediakan.

  3. Anda di minta untuk memuat turun dan memasang aplikasi DropBox. Tekan Accept, Run, I Agree, Next dan Next sahaja.

  4. Setelah memasangnya, perhatikan ikon kotak berwarna biru di taskbar anda. Tekan ikon tersebut dan Open Dropbox folder.


  5. Akan keluar Dropbox folder. Disini lah anda akan menyimpan data-data yang anda mahukan, dengan hanya kopi fail anda dan pastanya ke dalam dropbox folder, atau dengan menyeret dan humban fail-fail anda terus ke dalam dropbox folder tersebut.

  6. Dropbox folder

  7. Kemudian pergi kembali ke laman web Dropbox tadi, sila sign in jika diminta berbuat demikian.

  8. Jeng Jeng Jeng! Fail yang anda simpan dalam Dropbox folder, dan kini berada di laman web Dropbox. Rasa teruja tak?


  9. Sekarang, jika anda mahu mendapatkan fail-fail tersebut di komputer lain, anda cuma perlu ulang langkah ke-3 hingga ke-4, dan tara... Fail-fail anda automatik di'sync' masuk ke dalam Dropbox folder di komputer tersebut. 

Bagaimana nak sign out di aplikasi Dropbox?
  1.  klik pada ikon Dropbox di taskbar, pilih Preferences...

  2. Tukar kepada Acount tab, dan klik pada Unlink This Computer..

Tuesday, 25 June 2013

Meal Shakes Shaklee



Mealshake bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah seisi keluarga. Macam-macam kebaikan Mealshake ini. Ia sesuai juga untuk ibu yang menyusu, mengandung, mereka yang berdiet,atlit dan macam-macam lagi. Jom baca sekilas fakta tentang Mealshake ni..

6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 

Nak order dan dapat harga yang cun? hubungi saya! ;)





Bisikan Rindu - Dayang Nurfaizah Lirik


Bisikan Rindu - Dayang Nurfaizah

Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam.. sedalam samudera

(Korus)

Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia

Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia

Mercedes Benz Diperbuat Daripada Emas Putih! Meh usha!



Admin bangun pagi-pagi buka facebook ternampak Mercedes Benz ni teruja terus! cantikkan? 

Mercedes Benz yang diperbuat daripada emas putih tulen ini dimiliki oleh jutawan di Abu Dhabi. Kereta ini dihasilkan dari emas putih 18k dan ciri baru seperti enjin v10 quad turbo dengan kuasa 1600 hp.

ESP Shaklee




INFO TENTANG ESP


Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jom Hubungi saya untuk harga yang terbaik ;)


Monday, 24 June 2013

Judika - Setengah Mati Lirik



Judika - Setengah Mati lirik

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mengapa kita
masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku
Bukan takdirku
Terus terang

Reff:
Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu

Mengapa waktu
Tak pernah berpihak kepadaku

Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana

Mungkin kau bukanlah jodohku
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang

Back to Reff:

Aku merindukanmu
Setengah mati merindu

Aku merindukanmu
Aku tetap menunggumu

Menunggumu
Menunggumu
Aku tetap menunggumu

Wednesday, 19 June 2013

Pemakaian Tudung Bakal Diharamkan? Meh Baca!

PANAS!!!!!

KERAJAAN MALAYSIA AKAN HARAMKAN PEMAKAIAN TUDUNG DI IPTA & IPTS TERMASUK SEKOLAH.

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis...
tudung yang tidak boleh dipakai ialah : -

1. TUDUNG SAJI.
2. TUDUNG PERIUK.
3. TUDUNG TERMOS.
4. TUDUNG CAT.

sapa yg terkena?? kekeke...

(jangan marah yea, gurauan je...)



Tuesday, 18 June 2013

10 Makanan Paling Menggemukkan di Malaysia. nak tahu apa? Jom baca!



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…

3. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

10. Mayonis.

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

100 Hari Tanda Kematian. JOM BACA !




Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.


Imam Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.


Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;


Tanda 100 hari sebelum hari mati 


Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari 

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.


Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.


Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
WALLAHUALAM

Monday, 17 June 2013

Waktu Mustajab untuk Berdoa ;) JOM BACE!



1.      Ketika hujan.
2.      Hendak memulakan solat dan selepas solat.
3.      Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4.      Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5.      Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
6.      Ketika sujud dalam solat.
7.      Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
8.      Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.
9.      Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10.  Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib

70 DOSA-DOSA BESAR! MEH BACE!





Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "al-kabaair" beliau cuba menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara:

  1. belajar ilmu dan sembunyi pengatahuan.
  2. bersaksi palsu.
  3. berjudi.
  4. bersumpah palsu dan bohong.
  5. berbohong.
  6. bergambar di baju(bila sembahyang).
  7. wanita menyerupai lelaki.
  8. tidak beristinjak kencing.
  9. memberi rasuah.
  10. makan riba.
  11. minum arak.
  12. melakukan zina.
  13. membunuh diri sendiri.
  14. mengamalkan sihir.
  15. membunuh manusia.
  16. kurang timbangan.
  17. homosex(seagama sejenis).
  18. dehaka kepada suami.
  19. hakim dehaka.
  20. lelaki menyarupai perempuan.
  21. lari seorang hamba dari tuannya.
  22. melampaui batas.
  23. menuduh zina terhadap orang baik.
  24. mengutuk orang islam.
  25. menfitnah.
  26. mengurangi wasiat.
  27. putus asa dari rahmat Allah.
  28. riak mempamirkan diri.
  29. sembelih untuk selain nama Allah.
  30. sombong serta angkuh.
  31. menggangu orang lain.
  32. menggangu tertangga.
  33. melakukan pengkhianatan.
  34. menyebut-yebut pemerian.
  35. menjadi bapa sanggup.
  36. mempercayai nujum atau sihir.
  37. mencaci sahabat-sahabat nabi.
  38. bercakap kasar dengan orang tua.
  39. meninggalkan sembahyang jumaat.
  40. mencuri.
  41. berdebat dan bermusuh.
  42. memutus hubungan silaturahim.
  43. tidak berpuasa di bulan ramadhan.
  44. menipu harta rampasan.
  45. menyakiti dan memaki orang islam.
  46. tidak haji jikalau mampu.
  47. tipu daya.
  48. memakai emas dan sutera(bagi orang lelaki).
  49. lari dari medan perang di jalan Allah.
  50. bersifat dayus.
  51. berbuat buruk pada yang lemah.
  52. dusta nama Allah dan Rasulnya.
  53. makan harta anak yatim secara tidak betul.
  54. melabuh pakaian kerana berlagak sombong.
  55. makan dari kekayaan haram.
  56. menderhaka pada ibu bapa.
  57. meninggalkan sembahyang lima waktu.
  58. dehaka pada hamba Allah anggap baik dirinya.
  59. mensyirikan Allah dengan sesuatu yang lain.
  60. tidak mengeluarkan zakat.
  61. penipuan kezaliman terhadap rakyat.
  62. mengitip rahsia dan bukan rahsia.
  63. mencari kesalahan orang lain.
  64. merompak.
  65. melakukan kezaliman.
  66. mengikari takdir.
  67. merasa aman dari kemungkaran Allah.
  68. mengingkari janji.
  69. tidak mendengar cakap ibu bapa.
  70. lari dari medan perang di jalan Allah.

Tuesday, 11 June 2013

ONE OK ROCK's Europe & Asia tour ! Check This Out!








The wait is over!!
ONE OK ROCK's Europe & Asia tour has finally been set!!!

October 23 , 2013 - Paris , France
October 24 , 2013 - Bonn , Germany *Venue has changed.
October 26 , 2013 - London , UK
October 27 , 2013 - Paris , France
October 29 , 2013 - Amsterdam , Holland
November 08 , 2013 - Hong Kong
November 10 , 2013 - Seoul , Korea
November 19 , 2013 - Bangkok , Thailand
November 21 , 2013 - Kuala Lumpur , Malaysia
November 23 , 2013 - Singapore 
November 24 , 2013 - Jakarta , Indonesia
December 07 , 2013 - Taipei , Taiwan

---------------------

[ Date ] October 23 , 2013
[ Venue ] Trianon [ Location ] Paris , France
[ info ] https://www.facebook.com/Speakeasyprod
*Extra performance date has been added.

[ Date ] October 24 , 2013
[ Venue ] BrueckenForum [ Location ] Bonn , Germany
[ info ] https://www.facebook.com/Speakeasyprod
*Venue has changed.

[ Date ] October 26 , 2013
[ Venue ] O2 Academy Islington [ Location ] London , UK
[ info ] https://www.facebook.com/Speakeasyprod

[ Date ] October 27 , 2013
[ Venue ] Le Bataclan [ Location ] Paris , France
[ info ] https://www.facebook.com/Speakeasyprod

[ Date ] October 29 , 2013
[ Venue ] Melkweg [ Location ] Amsterdam , Holland
[ info ] https://www.facebook.com/Speakeasyprod
*Extra performance date has been added.

[ Date ] November 08 , 2013
[ Venue ] AWE Hall 8 [ Location ] Hong Kong
[ info ] http://www.facebook.com/puffinent

[ Date ] November 10 , 2013
[ Venue ] UNIQLO AX [ Location ] Seoul , Korea
[ info ] http://www.facebook.com/amusekorea

[ Date ] November 19 , 2013
[ Venue ] Central World Live Arena [ Location ] Bangkok , Thailand
[ info ] http://www.facebook.com/AVALONLIVE

[ Date ] November 21 , 2013
[ Venue ] KL LIVE [ Location ] Kuala Lumpur , Malaysia
[ info ] http://www.facebook.com/lamcproductions7
www.facebook.com/Amuse.Inc.Asia

[ Date ] November 23 , 2013
[ Venue ] Hard Rock Coliseum [ Location ] Singapore 
[ info ] http://www.facebook.com/lamcproductions7
www.facebook.com/Amuse.Inc.Asia

[ Date ] November 24 , 2013
[ Venue ] Skeeno Hall, Gandaria [ Location ] Jakarta , Indonesia
[ info ] http://www.facebook.com/lamcproductions7
www.facebook.com/Amuse.Inc.Asia

[ Date ] December 07 , 2013
[ Venue ] Xinzhuang Gymnasium New Taipei City (新荘体育館)
[ Location ] Taipei , Taiwan
[ info ] http://www.veryaspect.net/
   https://www.facebook.com/OwlEntertainment

APPLICATION ONEXOX

JOM DOWNLOAD APPLICATION ONEXOX DI TELEFON BIMBIT ANDA! APPLICATION INI PENTING BAGI MEMUDAHKAN ANDA UNTUK TRANSFER KREDIT DA KE MA ,...