#Hiburan: Harga Barang Meningkat & Gaji Minimum RM1700, Kedai Mamak Di Johor Dijangka Naikkan Harga Makanan 5% Tahun Depan

Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim berkata kira-kira 300 pengusaha restoran mamak di negeri itu dijangka menaikkan harga makanan mulai tahun hadapan.

Kenaikan itu bermula dengan lima peratus dan ia adalah kerana peningkatan kos operasi yang disebabkan oleh harga barang mentah yang naik secara berterusan.

Advertisement

Kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu kos operasi mereka terus meningkat tinggi dan dijangka pelaksanaan gaji minimum mulai tahun hadapan, akan melonjakkan lagi kos operasi.

kedai mamak johor dijangka naik harga

kedai mamak johor dijangka naik harga

Selain itu, kami juga perlu mula mencarum pekerja asing kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan ini juga akan menambah kos operasi kami.

Walau bagaimanapun, menurut Hussien keputusan kenaikan harga makanan itu belum tentu lagi kerana pihaknya masih menunggu   keputusan muktamad persatuan induk, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Pada 18 Oktober lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari tahun depan.

tiada lagi rokok dijual di kedai mamak
6 days ago

Kedai Mamak Tidak Akan Jual Rokok Bermula Tahun Hadapan - PRESMA

The post Harga Barang Meningkat & Gaji Minimum RM1700, Kedai Mamak Di Johor Dijangka Naikkan Harga Makanan 5% Tahun Depan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments