#Hiburan: “Mat Salleh Selalu Power, Lelaki Melayu Tak Romantik, Propa Lebih!” – Lana Nodin

Bergelar isteri kepada jejaka ‘mat salleh’, pelakon Lana Nordin kini bahagia bersama suami tercinta iaitu David McKienzie yang merupakan ahli sukan bagi permainan bola tampar Olimpik. Pasangan ini turut dilimpahi rezeki apabila telah memperoleh dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup setelah hampir enam tahun mendirikan rumah tangga.

View this post on Instagram

A post shared by Lana Nodin??David Mckienzie (@lananodinmckienzie)

Advertisement

Lana kini juga semakin aktif dalam dunia lakonan setelah agak lama menyepi kerana memilih untuk menguruskan anak-anak dan suami.

Sering terpalit dengan isu seksi dan pelbagai lagi, Lana sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang agak sensitif terutamanya kepada lelaki melayu.

Menerusi sebuah temubual program Borak Kelamin yang ditayangkan di saluran Astro Ria baru-baru ini, Lana mengatakan bahawa lelaki ‘mat saleh’ lebih hebat berbanding lelaki melayu.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Lelaki ‘mat salleh’ always power! Lelaki melayu khatam romantik dia tak sekhatam lelaki mat salleh la. Lelaki melayu kan dia propa lebih..depan lain bila kahwin lain.” ujar Lana ketika ditemubual dalam program tersebut sambil diperhatikan suami di sisi.

Advertisement

Selain Lana, tetamu jemputan yang turut hadir dalam program bual bicara itu iala peguam sivil dan syarie, Ashikin Rahim yang tampil mengupas isu lelaki warga asing yang mengambil mudah isu memeluk agama Islam hanya kerana ingin berkahwin dengan wanita muslim.

Terdahulu, Lana Nodin dan David McKienzie atau nama islamnya Mohd Daud Mckienzie telah selamat bernikah pada 15 Mei 2015 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie,5, dan William Daud Mckienzie yang kini berusia dua tahun.

The post “Mat Salleh Selalu Power, Lelaki Melayu Tak Romantik, Propa Lebih!” – Lana Nodin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments