#Hiburan: ‘Suka Hati Kata Saya Murtad’ – Lama Menyepi, Sajat Akhirnya Tampil Beri Respon Di IG Live?

Usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes di mahkamah. Walau bagaimanapun, Sajat dikatakan telah menghilangkan diri dan sehingga kini masih belum dapat dijejaki.

BACA: Dah Tahu Tempat Persembunyian, Polis Bakal Ambil Tindakan Jika Sajat Tak Serah Diri

Advertisement

Terbaru, Kosmo! melaporkan usahawan tersebut baru-baru ini dipercayai ada muncul menerusi satu sesi live di Instagram. Difahamkan, ketika sesi itu berlangsung Sajat tidak menunjukkan muka namun mengatakan diri berada dalam keadaan baik.

Menerusi sesi itu, Sajat juga didakwa ada menjawab berhubung isu murtad dan bersembunyi daripada ditangkap JAIS.

Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan).

Selain menafikan telah keluar daripada agama Islam, Sajat turut menafikan dia bersembunyi selepas dikenakan waran tangkap oleh mahkamah bulan lalu.

Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!

Dalam sesi live yang sama, Sajat mengatakan pihak berkuasa tidak mencari kerana yakin polis mempunyai kes atau urusan yang lebih penting berbanding dirinya.

Difahamkan, ini merupakan kemunculan kali pertama Sajat di media sosial selepas isu kontroversi yang melandanya.

The post ‘Suka Hati Kata Saya Murtad’ – Lama Menyepi, Sajat Akhirnya Tampil Beri Respon Di IG Live? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments