#Hiburan: “Saya Tak Boleh Terima..”-Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka, Aeril Zafril Digelar Anak B*bi

Susulan kes sebuah butik pakaian terkemuka yang menganjurkan pertunjukan fesyen namun tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, nampaknya pelakon dan juga usahawan Aeril Zafril turut menerima tempias.

View this post on Instagram

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Advertisement

Ini berikutan telah berlegar sebuah video di mana memaparkan Aeril turut hadir dalam majlis pertunjukan fesyen tersebyt dan dilihat tidak memakai pelitup muka ketika ianya berlangsung.

Ianya kemudian tular di media sosial sekaligus telah mengundang kecaman daripada netizen. Sehubungan dengan itu, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari tampil memohon maaf kerana enggan memanjangkan isu tersebut.

Aeril zafrel tweetSumber : Twitter Aeril Zafrel  
Aeril Zafrel twitterSumber : Twitter Aeril Zafrel  
Twitter Aeril ZafrelSumber : Twitter Aeril Zafrel  

 

“Sepanjang majlis saya pakai saja mask. Cuma waktu dah duduk tu saya buka sekejap. Tapi masa itu juga ada orang rakam. Minta maaf ya.” tulisnya dalam sebuah kenyataan di media sosial Twitter.

Dia dalam pada itu turut membalas kritikan netizen namun Aeril tidak dapat menerima komen melampau yang diberikan seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai anak b*bi.

Aeri Zafrel tweetSumber : Twitter Aeril Zafrel  

“Awat senyap anak b*bi weh? @aerilzafrel” tulis pengguna media sosial tersebut.

Enggan mendiamkan diri, Aeril membalas pernyataan individu tersebut dengan mengatakan perkara tersebut tidak patut diucapkan memandangkan kedua ibu-bapanya sudah lama menghadap Ilahi.

LeeyanaRahmanSumber : TheVocket  

Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan suasana ketika acara pertunjukkan fesyen butik pakaian tempatan yang dilihat tidak mematuhi SOP. Aeril dan isterinya, Wawa Zainal merupakan selebriti jemputan untuk majlis tersebut.

The post “Saya Tak Boleh Terima..”-Gara-Gara Tak Pakai Pelitup Muka, Aeril Zafril Digelar Anak B*bi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments