#Hiburan: Kerana Wanita Bernama Salina, Mona Allen Akui Rumah Tangganya Bersama Pekin Terganggu

Pelakon cantik, Mona Allen mendedahkan bahawa rumah tangganya kini yang dibina bersama pelakon Pekin Ibrahim terganggu akibat kehadiran seorang wanita bernama Salina.

View this post on Instagram

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

Advertisement

Mona yang ditemui media baru-baru ini berkata, meskipun tinggal sebumbung bersama suaminya itu, jarang sekali untuk mereka berdua bertegur sapa seperti kebiasaannya sebelum ini.

Malah, kata Mona lagi, Pekin sudah lebih 22 hari terpaksa tidur di luar disebabkan oleh perkara itu.

View this post on Instagram

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

“Memang Salina beri kesan kepada hubungan kami suami isteri. Saya dan Pekin tidak bercakap walaupun kami tinggal serumah. Malah selama 22 hari Pekin terpaksa tidur di luar. Tak tahulah sebab merajuk atau memang dia sengaja nak biarkan saya tidur seorang diri.”

Advertisement

Ujar Mona, dia mengakui agak terbawa-bawa dengan watak Salina sehingga ke luar set penggambaran. Dia yang membawa watak utama sebagai Salina dalam sebuah filem bergenre Psychological Thriller itu berkata peranan yang dibawanya kali ini sangat mencabar di samping terpaksa berlakon dengan suami sendiri.

View this post on Instagram

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

Dia juga sempat berseloroh mengatakan bahawa masing-masing bergelar pelakon dan pastinya kedua-dua merasakan ada kelebihan tersendiri jadi agak susah ditegur jika berlaku kesilapan atau kekurangan dalam hal lakonan.

Manakala bagi Pekin pula, berlakon dengan isteri sendiri pada awalnya disangka mudah namun sangkaannya meleset sama sekali setelah bergandingan bersama.

“Di set saya terpaksa ‘bincang tepi’ dengan pengarah Raja Mukhriz sebab kalau nak tegur nanti bini (Mona) kecil hati. Cukuplah 22 hari tidur luar. Alhamdullilah saya boleh hadapi masalah yang timbul dalam rumah tangga kami sepanjang tempoh itu.”

Filem Salina merupakan naskah terbaru arahan Raja Mukhriz dilaporkan akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini. Selain Pekin dan Mona, filem ini turut dibintangi model popular, Alicia Amin dan juga pelakon senior, Sharifah Shahora.

The post Kerana Wanita Bernama Salina, Mona Allen Akui Rumah Tangganya Bersama Pekin Terganggu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments