#Hiburan: (TAHNIAH) Personaliti Azrinaz Mazharhakim Selamat Lahirkan Anak Ke-4

Personaliti TV terkenal, Azrinaz Mazharhakim dilaporkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada hari Jumaat lalu.

Azrinaz MahzarSumber : Instagram Azrinaz Mahzar  

Berita gembira itu dikongsikan Azrinaz menerusi satu hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Azrina meluahkan rasa kesyukuran kerana bayi keempatnya itu telah dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi.

“Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1.15 tengahari.”

Sekdar info, Azrinaz mempunyai seorang lagi anak perempuan hasil perkahwinan bersama Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018 yang lalu iaitu Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel,15 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah,13.

The post (TAHNIAH) Personaliti Azrinaz Mazharhakim Selamat Lahirkan Anak Ke-4 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments