#Hiburan: Nabila Razali Tak Serik Menyanyi, Akan Bertanding Kalau Lagu Tercalon Lagi

Walaupun dikritik hebat, Nabila Razali mengakui tidak sering untuk menyanyi atau bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu jika tercalon. Memetik laporan mStar, insiden terkucil ketika menyanyikan Peluang Kedua tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi.

Advertisement

Insiden itu bukan titik noktah untuk saya berhenti daripada perjuangan dalam industri ini sebab menyanyi memang perkara yang saya suka buat. Saya buat ini pun adalah demi keluarga dan juga diri sendiri.

Tipulah kalau cakap saya tidak menangis, memang saya menangis lepas buat persembahan dan sehari selepas AJL 35 memang saya habiskan masa untuk lepaskan semua kesedihan itu dan kemudian bangkit kembali, apa-apa pun hidup mesti diteruskan.

Memberikan komen mengenai kritikan daripada rakan selebriti, Nabila mengakui berasa sedih namun mendapat pengajaran untuk menilai seseorang.

Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak boleh kawal apa yang akan berlaku… saya dah berlatih tapi insiden itu dah pun terjadi dan ia di luar kawalan saya.

Advertisement

Apa yang saya kesal ialah tak sangka orang yang mencari rezeki dalam bidang yang sama turut berbual tentang benda negatif (pasal saya) sedangkan kami berkongsi periuk nasi yang sama.

Katanya, tidak manis bagi seseorang untuk bercakap mengenai individu lain tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Nabila menegaskan dia enggan bermusuh dengan sesiapa,

Saya tiada isu dengan orang yang kritik saya sebab saya tidak ada buat apa-apa (tidak baik) pada orang dan selagi orang tak kacau periuk nasi saya, saya okey sahaja.

Nabila turut berpesan kepada rakan selebriti supaya memberi semangat dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain. Tambahan pula, mereka sama-sama mencari rezeki dalam industri ini.

The post Nabila Razali Tak Serik Menyanyi, Akan Bertanding Kalau Lagu Tercalon Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments