#Hiburan: Uqasha Senrose Jumpa Pereka Fesyen Pilih Kain, Peminat Dah Bau Nasi Minyak

Pelakon Uqasha Senrose yang merupakan kekasih kepada pelakon Kamal Adli khabarnya tengah sibuk menyiapkan persediaan menuju hari bahagia tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan pereka fesyen, Shanell Harun menerusi sebuah hantaran di Instagramnya yang memaparkan sebuah video dia dan Uqasha sedang berada di sebuah gedung kain terkemuka.

Menerusi video tersebut, Uqasha dan Shanell seperti sedang membincangkan sesuatu dan mereka berdua turut memegang kain polos putih yang sinonim dengan busana ketika majlis perkahwinan.

View this post on Instagram

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

“Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Meskipun tidak dapat dipastikan apa tujuan sebenar pertemuan antara mereka berdua di gedung kain itu, namun rata-rata peminat mejangkakan bahawa Uqasha dan Kamal bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

“Bau nasi minyak dah dekat,” ujar seorang peminat di hantaran video tersebut.

Terdahulu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini telah dilamar oleh Kamal Adli secara langsung ketika majlis Anugerah MeleTOP Era 2021 yang lalu, sekaligus mengiyakan spekulasi bahawa mereka berdua kini sedang bercinta.

The post Uqasha Senrose Jumpa Pereka Fesyen Pilih Kain, Peminat Dah Bau Nasi Minyak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments