#Hiburan: ‘Mungkin Posting Ada Timbulkan Salah Faham, Itu Sahaja’ – Isa Khan

Hampir dua minggu berkahwin, nama pasangan pengantin baru, Risteena Munim dan Isa Khan sekali lagi menjadi bualan kerana didakwa merentas negeri untuk berbulan madu.

Dakwaan mula timbul apabila pasangan ini memuat naik foto seakan berada di sebuah pusat peranginan. Walau bagaimanapun, Risteena menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan mereka ke Sabah atas urusan perniagaan.

Advertisement

BACA: “Kami Di Sabah Ada Urusan Kerja” – Risteena Perjelas Sebab Rentas Negeri Bersama Isa Khan

Malah, suaminya, Isa Khan menerusi posting terbaru di Instagram turut menyelar tindakan seorang wartawan portal tempatan yang dikatakan mengeluarkan artikel tanpa mendapatkan kepastiannya terlebih dahulu.

Tidak mahu menimbulkan salah faham orang ramai, Isa Khan berkata dia sudah meminta artikel tersebut dipadam namun penulis gagal berbuat demikian.

Btw, aku datang sini memang atas urusan perniagaan. Semua dokumen lengkap perniagaan pun dah disertakan kepada pihak bertugas. Ada masa, aku luangkanlah bersama isteri. Mungkin posting ada menimbulkan salah faham, itu sahaja.

Jelasnya, dia sememangnya ke Sabah atas urusan perniagaan malah dokumen lengkap sudah pun disertakan kepada pihak yang bertugas. Menurutnya lagi, mungkin posting yang dibuatnya telah menimbulkan salah faham itu sahaja.

The post ‘Mungkin Posting Ada Timbulkan Salah Faham, Itu Sahaja’ – Isa Khan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments